Monday, 28 December 2015

Demam peperiksaan final bermula

Bermula esok 29 Disember 2015, pelajar sains bioperubatan Tahun 2 akan memulakan perjuangan akademik mereka dengan kertas pertama subjek Bakteriologi perubatan 4 jam kredit (banyak tu)...

Aku baru dah selesai mengulangkaji beberapa topik bakteriologi..agak stress juga aku sekarang ni sebab aku tak dapat menonton drama korea di laptop ketika exam sedang berlangsung, bukannya aku yang tak nak tonton tapi laptop aku tu bermasalah nak connect hard disk aku tu..huhu

Sebenarnya, aku nak kongsi sikit isu yang membelenggu jiwaku ketika ini..aku terkejut petang tadi, bila aku terima komen dalam fb pensyarah yang aku sayang meminta aku mencapai skor yang lebih tinggi dalam subjek biokimia klinikal semester ini berbanding semester 1 tahun 1..alamak...bila pensyarah aku tu komen macam tu, terus aku terkedu sekejap sebabnya dia meletakkan harapan yang tinggi kepada aku ni..aku tak nak janji aku dapat skor tinggi tapi aku akan berusaha menjawab sebaik mungkin kertas biokimia nanti.. ya, dia tahu aku berniat nak sambung sarjana selepas aku graduasi kelak..mudahan cita aku tu tercapai.

Di bawah ni, aku kongsikan sikit jadual peperiksaan kami untuk Tahun 2 semester 1 ni.. semoga aku dan rakan-rakan boleh menjawab dengan tenang dan lancar semua soalan peperiksaan nanti...

selamat malam.

Ahad: Bermain di KLCC

Pada waktu tengahhari dalam pukul 1 petang, geng keras aku ajak aku pergi ke klcc sebab nak hantar seorang geng tu balik ke UM. Jadi, aku memang ikut juga klcc supaya aku tak tidur saja di bilik sepanjang petang ahad. Jadi kami bertiga dari kolej kediaman ke klcc menaiki kereta yang dipesan melalui grabcar app.

Sampai saja di klcc, kami bertiga terus mencari foodcourt. Mereka berdua yang tak makan tghhari lagi sebenarnya, aku dh makan di kafe kolej sebelum keluar tadi. Aku minum jus oren harga rm6.40 (mahal kan) dan aku tapau fuel shake cheeseburger harga rm12.90. Selesai kami makan di food court tu, geng seorang tu ajak ke kfc aras plg bawah sebab dia nak tapau kfc utk geng2 di UM.

Keluar dari kfc, aku dan geng keras tu berpisah la dgn geng seorang ni, dia balik ke UM naik lrt.

Kemudian, aku dan geng keras aku tu pergi la ke Isetan kiranya mcm supermarket kot di klcc ni..punyalah best isetan, makanan yg dijual dalam tu semua sedap, rambang mata aku masa membeli tadi.

Nak dipendekkan cerita, kami berdua sampai ke kolej kediaman dalam jam 5petang, berjalan kaki dari bus stop grand season hotel sebab bas rapidkl yang kami dua naik bas yg salah dari klcc tu.

Di bawah ni, aku kongsikan gambar dekorasi krismas di dalam klcc suria, cantik tau..

Friday, 25 December 2015

Hari Krismas kali kedua di perantauan

Terima kasih Amanda sebab kau telah meluangkan masa bersama aku pada hari ini yang cukup istimewa bagi semua umat Kristian di seluruh dunia.

Pagi ini, kami bertiga menghadiri sesi ritual di Gereja Katolik Good Shepherd di area Wangsa Maju. Kali kedua rasanya aku menjejaki kaki memasuki gereja katolik ketika hari Krismas kerana aku adalah ahli gereja The Church Of Jesus Christ Of Latter Day Saints atau lebih biasa dikenali sebagai penganut mazhab Mormon. Selesai sesi ritual tadi dalam pukul 10.30am, kami bertiga pun menuju ke kedai makan Cina berhampiran..aku memesan Pan Mee spicy (yang kurang sedap), dan aku pun kenyang sangat..saiz perut aku dah mengecut sekarang..hihi

Setelah makan, kami bertiga menuju ke stesen bas berhampiran dan lalu menaiki bas Rapid Kl menuju ke Stesen LRT Wangsa Maju. Yang aku nak tekankan ni, tambang lrt dah naik la..dari wangsa maju ke KL sentral, tambangnya rm3.50 (fuyohhhh).

Nak dipendekkan cerita, kami bertiga ni nak ke Midvalley sebenarnya. Geng aku seorang tu nak ke IT Expo sebenarnya..pusing punya pusing IT expo tadi, geng yang seorang lagi akhirnya beli juga hard disk memori 1Terabite jenama seagate harga rm235 warna gold..cantik tauu

Aku nak kongsikan gambar hiasan sambutan Krismas yang berlaku di Midvalley pada hari ini.

Oleh kerana hari ni krismas, tentulah ada sale kan pakaian yang cantik molek. Tadi aku sempat singgah ke FOS beli tiga pasang gaun untuk puteri kesayangan aku, bolehlah jumlah semuanya rm111..aku tahu mesti dia akan sangat suka nanti. Habislah anak aku tu nanti, sampai ke remaja mesti dia jadi kaki shopping..

Sampai di kolej kediaman pada jam 6.45petang, kami sekawan berkumpul di kafe ala-ala makan malam krismas la kan..hihi..seronoknya berkumpul reramai gitu..

Cukup la coretan hari ini. Selamat malam.

Thursday, 24 December 2015

Penyaringan dan pendiagnosan PRENATAL

Pada  petang yang indah ini (hujan baru membasahi kawasan kolej kediaman ku), aku nak menceritakan serba sedikit tentang penyaringan dan pendiagnosan PRENATAL. Apasal pula aku nak cerita topik ni? sebabnya aku baru dah mengulangkaji sebentar tadi jadi aku ingin kongsikan pengetahuan aku ni di dalam blog ni la (kot-kot ada pembaca asing yang terbuka blog aku ni).

Aku hanya ceritakan serba sedikit apa yang di dalam skop pembelajaran kami sebagai pelajar Bioperubatan Tahun 2.

Dari sudut perspektif kami, kami harus mengetahui apa tujuan penyaringan prenatal, kaedah-kaedah yang digunakan serta signifikan klinikal ujian biokimia.

Tujuan penyaringan prenatal ni adalah untuk mengesan gangguan kromosom atau kepincangan genetik yang boleh berlaku pada fetus di dalam kandungan ibu. Kenapa pula nak buat penyaringan  kan? Fetus ni kan dihasilkan daripada persenyawaan yang berjaya antara sperma dan ovum, masa pembentukkan fetus ni sejak embrio sehingga ia menjadi fetus, pelbagai proses yang berlaku di dalam uterus tu, unik kan...memang ciptaan tuhan ini sungguh menakjubkan. Dalam proses fetus ni berkembang, pelbagai perkara yang boleh berlaku lebih-lebih dari segi molekular contohnya DNA pada sel fetus tersebut. Aku  tak  nak memanjangkan bahagian ni..

Seterusnya, aku nak menyatakan beberapa kaedah penyaringan prenatal iaitu ada 2 jenis: Invasif dan bukan invasif. Invasif ni melibatkan pengambilan tisu atau cecair dalam placenta itu.. Kaedah invasif ini adalah amniocentesis, cordocentesis, chorionic villus sampling, dan etc.

 ini kaedah cordocentesis dan ianya invasif..ni la yang dikatakan invasif  sebab kaedah ini memasuki badan ibu.                                        

Satu lagi jenis kaedah iaitu bukan invasif. Kaedah bukan invasif ini adalah seperti ultrasound dan radiografi.

Sekarang aku nak ceritakan pula ujian biokimia untuk penyaringan dan pendiagnosan prenatal pula adalah apa??  Ujian biokimia ini yang biasa dijalankan adalah Alpa feto protein, Estriol dan HCG
Setiap ujian biokimia yang aku sebutkan tadi itu mempunyai signifikan klinikal yang tersendiri yang boleh menunjukkan jika fetus itu mempunyai Sindrom Down, Trisomy 21, Trisomy 18 dan kecacatan kongenital yang lain.


Cukup la ni penjelasan yang ringkas untuk tajuk ini..Aku tak nak bagi pendapat peribadi aku kepada bakal-bakal ibu di luar sana nak buat penyaringan dan pendiagnosan ini atau tidak kerana ini terpulang kepada keputusan diri sendiri..Sedangkan dulu aku mengandung pun, aku tidak pernah buat penyaringan sebegini kerana aku yakin dengan ketentuan tuhan dan semestinya ketika mengandung itu, aku pastikan yang badan aku menerima khasiat yang cukup dan makan makanan yang seimbang.

Selamat petang semua


Wednesday, 23 December 2015

Masa itu beharga

Masa itu memang beharga..

Nak dijadikan cerita, ketika aku sedang menaip ni pun , mata aku memang dah separa mengantuk sedangkan aku tidur petang tadi selama 2 jam.

Nasib baiklah hari ini, aku tak ke mana-mana dan aku manfaatkan sepenuhnya berada di bilik sahaja. Hari ini, aku sempat mengulangkaji subjek biokimia untuk topik Biokimia Kanser, Warga Emas, Penyakit Renal, Gangguan Metabolisma Lipid, Ujian Hepatobiliari dan Penyakit Muskuloskeletal.

Dalam waktu aku mengulangkaji pelajaran, tentulah aku akan berehat sebab mana la otak boleh tahan dok menghadap nota selama 1 jam berturut kan..jadi apa yang aku buat ketika berehat adalah membuat latihan Grammar English, check fb kejap, check whatsapp kejap.

Esok pula aku masih menyambung akan subjek biokimia kerana ada beberapa topik lagi yang belum selesai untuk diulangkaji..hmm..semoga urusan aku dipermudahkan sehingga peperiksaan berakhir pada 7 Januari nanti..ehh, aku dah tak sabar ni nak menjejakkan kaki di Penang pada 9 Januari nanti!!

Selamat malam.

Subjek Biokimia Klinikal

Hari ini mengikut perancangan ulangkaji aku, sememangnya hari ini adalah hari untuk mengulangkaji Biokimia Klinikal..walaupun kertas subjek ini adalah pada 4 Disember tapi aku kena bersedia dari sekarang kerana jarak masa antara Biokimia dengan Histopatologi kelak amatlah dekat.

Pagi ini, aku baru mengulangkaji dan menghafal tiga tajuk iaitu penyakit renal, gangguan metabolisma lipid dan penyakit muskuloskeletal. Seronok belajar subjek Biokimia ni..mana taknya, aku bekerja selama 3 tahun di makmal Biokimia Hospital Umum Sarawak dan boleh dianggap mengetahui serba sedikit jika diberi keputusan sampel darah biokimia untuk aku interpretasikan.. Aku suka subjek ni tapi masalahnya aku tak pernah skor A mahupun A- pun ketika Tahun 1 tahun lepas dan peperiksaan midsem Oktober yang lalu..aku memang agak kecewa dengan diri sendiri..

Sementara aku tengah rileks ni sebab baru dah makan dan aku tiada peluang lagi nak menonton drama Korea ketika study week ni, tu yang aku rajin dengan blog aku ni..selain sibuk dengan blog, waktu petang pula aku mesti akan tidur selama sejam untuk rehatkan minda la haha

Aku tak sasarkan terlalu tinggi untuk diri aku pencapaian final untuk subjek Biokimia kali ini..apa yang penting, aku harus cuba yang terbaik..kalau aku boleh dapat B untuk subjek ini, itu pun dah kira bagus dah..kalau aku boleh dapat A atau A-, memang aku akan sangat-sangat GEMBIRA la beb!! tapi itu la...prinsip aku sejak Tahun 1 dulu hingga sekarang, jangan difikirkan sangat tentang CGPA tu..yang penting, guna masa dan peluang yang ada sekarang untuk berusaha bersungguh-sungguh..



Tuesday, 22 December 2015

6 JAM yang terbazir pada hari ini

hmmm....bagaimana ingin aku menceritakan kisah hari ini? 6 JAM yang terbazir ini memang ada kisahnya pun haha

Nak dimulakan cerita, jam 12 tengahhari tadi, aku bersama geng keras aku  tu pergi ke Quill Mall untuk makan tengahhari dan seterusnya beli barang yang aku dah sasarkan nak beli hari ni..

Sampai di QuillMall, kami bertiga terus cari Food Junction dan aku memesan makanan Korea (memang sangat sedap). Kemudian, kami bertiga berjalan menuju ke tempat yang ingin ditujui. Antara kedai-kedai yang kami kunjungi hari ni adalah Etnic Sense (butik baju, lawa gila dress-dress dalam butik tu), Daiso (aku beli lilin aromaterapi hihi), Guardian (nak cari ubat cacing tapi ubatnya dah habis pula) dan akhir sekali Aeon supermarket. ( aku beli yogurt, garden salad, Oat crackers, Cashew nuts 2 bungkus.

Yang tak syoknya QuillMall ni, kalau kat aras paling bawah yang tempat supermarket Aeon tu berada, adeh line telefon maxis celcom semua lesap, seakan-akan dalam gua tau..pasal inilah, aku tadi tertunggu-tunggu 2 orang geng aku tu sampai jam 4 petang kot..bila dah tahap bosan menunggu tu sebab aku tak dapat nak sms call diaorang pasal poor coverage, aku terus balik ke fakulti bersendirian.

Sampai di fakulti pula, aku terus naik bas kolej balik ke kolej. Sampai di bilik dah nak dekat jam 5 petang dan sebab aku dah letih sangat, aku tidur petang sampai jam 6.30 petang.

Inilah yang aku nak maksudkan 6 jam aku dah terbazir pada hari ini kerana aku terhegeh-hegeh nak membeli barang yang nak beli dari semalam.

Rasanya cukup kot coretan untuk hari ini..sebenarnya aku rasa penat sangat tapi tak tahu kenapa sedangkan aku dah tidur petang tadi..mungkin sebab PMS hihi

tatatititutu

Monday, 21 December 2015

Sindrom gila meng-update blog

Sejak dua hari ni, aku gila dengan blog aku ni..pasal apa agaknya??? Haaaa..aku tahu dah..sebab sejak laptop aku ni dah dikemaskini dengan Windows 10, hard disk dengan semua pendrive aku tak dapat dikesan oleh laptop..AKIBATNYA, aku tak dapat menonton drama korea yang amat aku perlukan ketika musim revision ni. Menyesal aku pasal terburu-buru dengan windows 10 tu..rasa nak menangis pun ada ni huhu

Jadi, untuk menghilangkan tekanan dan debaran musim peperiksaaan ini, aku kena cari tabiat baru menggantikan drama korea aku tu, inilah dia GILA DENGAN BLOG. Sedihnya...nak troubleshoot masalah windows ni bukannya senang..jadikan blog ni sebagai satu tempat aku meluahkan segala perasaan yang terbuku di dada dan kepala ku ni..

Nak dijadikan cerita, esok kawan aku kiranya kawan rapat la dari Sabah (tak perlu la sebut nama dia dalam ni, takut dia perasan lebih nanti hahaha), dia nak ke QuillMall..ala shopping mall tu dekat jer dengan fakulti kami, naik monorel dari Chowkit ke Medan Tuanku  satu station saja pun. Jadi, esok aku nak beli lilin aromaterapi untuk mewangikan bilik aku ni dan ubat cacing (risau juga sebab aku kuat makan salad kebelakangan ni, manalah tahu salad tu tak bersih kan)..ada juga terdetik di hati nak beli minyak kelapa virgin coconut oil produk dari Australia, maklumat produk tu kata minyak kelapa ni bagus untuk kecantikan badan..entah la..ada juga hati nak terdetik nak beli virgin olive oil produk Australia juga. Kebelakangan ni, aku gila betul nak beli produk kecantikan untuk keremajaan kulit..hmm..ya la umur dah nak masuk 30 tahun ni..

Rasanya cukup la coretan aku untuk hari ini..esok aku akan sambung lagi..ehhh, blog ni macam dah jadi diari aku pula..rasanya lebih elok lagi kan daripada dok update status kat facebook tu hihi

SELAMAT MALAM...


Gangguan sitogenetik Sindrom Down

Sementara aku tunggu semangat mengulangkaji tu muncul kembali, sekarang aku nak menceritakan pemahaman aku tentang Sindrom Down sebab aku baru dah mengulangkaji dan memahami kepincangan genetik sindrom ni..

Sindrom Down.Apakah sindrom ni? secara umumnya, tentu semua orang pernah nampak akan penghidap sindrom Down kerana bilangan penghidapnya yang makin bertambah di negara kita ni. Jika anda pernah nampak penghidapnya, tentu anda tahu serba sedikit kan bagaimana rupa seseorang yang mempunyai sindrom ini. Jadi, aku tak nak cerita banyak sebabnya aku bukan bakal doktor yang harus menghafal manifestasi klinikal dan bla bla..

Dari sudut perspektif seorang pelajar Sains Bioperubatan, kami harus memahami apakah yang berlaku sebenarnya di dalam sel yang mengakibatkan seseorang itu mengalami kepincangan genetik ini. Pendek katanya, dari sudut genetik la ni..

okay..seronok tau aku nak berkongsikan pasal sindrom ni sebab proses yang berlaku itu amat menarik.

Sebelum aku menceritakan apa yang berlaku sebenarnya dalam sel seseorang manusia ni, aku nak menceritakan tentang jenis-jenis sindrom Down dan ada sedikit perbezaan pada fenotipiknya..mesti ada antara anda yang tak tahu, kurang mengetahui atau yang dah mengetahuinya.

Sebelum aku mula nak menceritakan kisah selanjutnya tentang sindrom ni, kita harus faham yang sindrom Down ini adalah kepincangan genetik yang berlaku pada autosom. Apa itu autosom?? Autosom adalah kromosom lain yang bukan kromosom seks X dan Y.

Sebanyak 100% penghidap sindrom Down ini, sebenarnya kan ada 95% sahaja yang disebabkan oleh ketakterpisahan meiotik 'meiotic nondisjunction' (susah tau nak translate englisk kepada bahasa melayu) . Dikatakan pada teori, umur seorang ibu amat mempengaruhi kepada ketakterpisahan meiotik kerana kromosom yang terlibat ni datang daripada si ibu. Sebab tu,  wanita yang berumur lebih 45 tahun ke atas mempunyai risiko tinggi akan dapat anak yang bersindrom ini jika mengandung selewat itu. Rasanya mesti anda tertanya apa itu meiotic nondisjunction kan? Proses ini adalah di mana kromosom homologos tu tak nak berpisah pada peringkat meiotik.

Jenis yang kedua pula sindrom ini adalah disebabkan oleh translokasi kromosom 21 ke kromosom 22 atau 14. Peratusan penghidap ini hanyalah 4% sahaja. Yang membezakan kedua dengan yang pertama adalah jenis kedua ini adalah keturunan tapi jarang la. Google la kalau rajin ya haha..

Jenis yang ketiga pula adalah seramai 1% penghidapnya iaitu jenis mosaic dengan mempunyai kromosom 46- dan 47- pada populasi sel badannya. Ini adalah diakibatkan oleh mitotic nondisjunction ketika proses embriogenesis. Dikatakan pada teori buku, penghidap yang 1% ini mempunyai kecerdasan yang hampir NORMAL macam kita yang sihat ni tau dan berbeza kan dengan sindrom jenis pertama dan kedua tadi..

Aku boleh terangkan ni semua dalam gambarajah tapi malas la haha..lebih senang lagi taip bebanyak gini..

Kalaulah soalan ni keluar dalam exam nanti, memang aku akan gembira la tapi...aku tak nak spot topic apa keluar kan..sebaiknya aku kena master semua topik histopatologi..

Untuk sumber penjelasan ringkas aku tentang sindrom ini adalah datang daripada buku Robbins Basic Pathology mukasurat 237.

Tetiba rajin nih nak update blog

Sekarang ni..sekarang ni, waktu ni aku tengah berehat sekejap melapangkan minda setelah menelaah dua topik histopatologi tadi iaitu patologi gen dan amiloidosis.

Setelah aku pergi menyertai kem motivasi bersama junior dan senior Biomedic pada cuti pertengahan semester yang lalu, aku belajar tips-tips mengulangkaji..kata seorang pensyarah yang aku minat dan sayang (sebenarnya aku memang sayang semua pensyarah pun sebab aku hormat sangat dengan mereka dan mereka seumpama ibu-ibu yang menyalurkan segala pengetahuan ilmu mereka kepada aku ), kata pensyarah tu 'ketika mengulangkaji subjek, jangan duduk terlalu lama menghadapnya, diri kena berehat sebentar kerana minda kita ni pandai tepu'.. tapi memang aku setuju pun dengan kaedah yang beliau perkenalkan itu tadi..


Sekarang, aku nak cerita sikit tentang suasana kolej kediaman aku ni.. sekarang ni,blok aku ni blok C sunyi jer..rasanya macam ramai pelajar yang balik ke kampung halaman masing-masing waktu study week ni. Bohonglah jika aku kata aku tak rindu Sarawak lebih-lebih lagi anak perempuan aku yang comel molek ada di sana..Tapi kan, disebabkan aku lebih komited dengan pengajian aku, aku abaikan dulu perasaan jiwa aku sekarang ni.

Lepas selesai aku mencoret merapu kejap dalam blog ni, aku akan keluar makan ke kafe kolej nanti sebab kan sekarang dah nak masuk waktu makan tengahhari. Bercakap tentang makanan, aku sekarang tengah menjaga berat badan sebabnya aku nak kekal slim..bila dah umur meningkat ni, risiko peningkatan berat badan tu memang mudah sekali.

Ehhh...dalam satu coretan ni, aku mencampur-adukkan bermacam kisah..haha..dah ni memang blog aku kan,sukati aku la macam mana aku nak menulis.  Penulisan aku memang tak hebat mana pun (aku tak pernah dapat A dalam subjek bahasa melayu ketika zaman persekolahan rendah dan menengah) tapi aku enjoy dengan blog sebab aku boleh tulis macam-macam tak kisah la ada orang baca atau tak haha..

Aku nak berambus ke kafe dulu..kalau aku rajin, aku akan menyibuk kembali ke dalam blog yang aku makin sayang ni.. tatatititutu

Minggu Ulangkaji atau Study Week

Ikutkan jadual kuliah, study week dah bermula pada hari ini 21 Disember 2015 sehingga 27 Disember 2015. Masa minggu inilah, semua pelajar UKM berhempas pulas mengulangkaji semua subjek dengan tekad tinggi berhasrat dapat menguasai semua subjek dalam masa seminggu termasuk juga AKU. Tapi kan, bukankah ini namanya 'last minute study'? Aku tak tahulah aku nak kata apa, aku bukan seorang yang biasa mengamalkan cara last minute study sejak zaman diploma lagi sehinggalah sekarang... Tapi aku juga mesti memanfaatkan sebaik mungkin la study week ni..

Semalam sebelum aku tidur, aku merangka balik jadual ulangkaji persendirian aku pada whiteboard yang aku dah siap beli di sebuah kedai alat tulis berhampiran HKL. Sekarang, aku nak kongsikan jadual aku tu dalam blog ni supaya aku dapat refleks balik suatu hari kelak akan usaha yang aku rancang dan lakukan untuk semester ini.

21 Disember iaitu hari ini la haha : subjek histopatologi
22 Disember: Histopatologi lagi
23 Disember: Biokimia klinikal
24 Disember: Biokimia klinikal ( krismas eve ni tauu.. jadi aku akan keluar bermain pada malam ni )
25 Disember (huhu..hari Krismas tapi aku harus belajar) : Bakteriologi 
26 Disember: TITAS tak boleh dilupakan
27 Disember: Bakteriologi
28 Disember: Bakteriologi lagi

kemudian, kertas peperiksaan pertama kami adalah pada 29 Disember 2015 iaitu subjek Bakteriologi dengan 4 jam kredit.

oh ya kan...alang-alang aku dah kongsikan jadual ulangkaji aku tu, aku nak masukkan sekali jadual peperiksaan..

29 Disember: Bakteriologi perubatan
30 Disember: OSPE bakteriologi
31 Disember: TITAS
4 Januari: Biokimia klinikal
6 Januari: Histopatologi ( semua soalan berbentuk ESEI...)
7 Januari: OSPE Histopatologi


Jadi, beginilah keadaan yang bakal aku tempuhi sehingga peperiksaan tamat pada 7 Januari 2015. 'Bersabar dan kuat' inilah perkataan yang aku sering ucapkan kepada diri sendiri..

Aku mesti boleh!! ya la... mana ada orang lain nak bagi motivasi saat-saat begini jadi diri sendirilah yang kena menyuntik semangat kepada diri sendiri.. fuhhh....  

Sunday, 20 December 2015

Persediaan final exam Tahun 2 Semester 1

Semester 1 Tahun 2 Sains Bioperubatan UKM hampir menutup tirainya dalam bentuk peperiksaan hujung semester. Aku tak sangka masa berlalu begitu cepat sekali walaupun terasa dengan kesibukkan sebagai seorang pelajar yang memegang jawatan berat di kolej kediaman.

Mengenang kembali saat-saat peperiksaan pertengahan semester pada 26 oktober sehingga 30 Oktober 2015 yang lalu membuatkan aku rasa kagum dengan cabaran yang telah aku lalui pada minggu tersebut. Mana taknya, dah la minggu midsem exam, masih juga aku sibuk dengan perancangan dan perlaksanaan majlis perasmian dewan kolej yang dihadiri oleh Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor UKM. Jadi exco protokol masa tersebut memang sangat besar tekanannya dengan minda aku yang sentiasa memikirkan tentang peperiksaan pada minggu tersebut.

Midsem exam Bioperubatan Tahun 2 kami yang lalu adalah subjek biokimia klinikal, bakteriologi perubatan dan histopatologi. Adeh adeh...memang mencabar sangat pada waktu itu dan aku risau sebab jika keputusan midsem aku tidak memuaskan, ini bermakna pembahagian masa aku sebagai pelajar dan eksekutif pelajar kolej GAGAL.

Akhirnya setelah berminggu-minggu menunggu keputusan midsem exam, keputusan kami pun keluar. Terkejut juga dan gembira semestinya (hehe), keputusan midsem aku adalah seperti berikut: Biokimia Klinikal gred B, Bakteriologi B+ dan Histopatologi A-. Tapi tapi, midsem ini hanya 30% biochem bacterio dan 25% histopato sahaja markah yang dibawa ke final.. pasal itulah, aku kena lagi gigih berusaha dan.jangan selesa sangat dengan pencapaian midsem aku ini kerana final exam itulah penentu cgpa aku kelak. (Mampu ker aku maintain 3.6 ke atas??) Mencabar mencabar...minda aku cukup teruji untuk tahun 2 ni..

Cukup-cukuplah aku merapu di blog..lama rupanyanya aku dah tak tulis sesuatu dalam ni..

Harapan aku untuk diri sendiri dan semua pelajar UKM: selamat berjaya menempuhi peperiksaan hujung semester dan semoga anda semua berjaya mencapai keputusan yang telah disasarkan..

GAMBATEH!! (Ada seorang lecturer yang aku makin minat tu, tak sangka beliau pandai main mengucap gambateh ni kepada aku dan aku pula terikut-ikut dengan beliau..hihi)

Wednesday, 19 August 2015

Biomedic UKM Tahun 2 semester 1 sesi 2015/2016

fuhhh....bila aku menaip tajuk subjek Biomedic UKM Tahun 2 semester 1 tersebut,terus otak aku ligat memikirkan bagaimana cabaran menghadiri kuliah dan tugasan-tugasan yang bakal para pensyarah berikan kelak.
haaa....sebagai permulaan perkongsian ini, aku akan nyatakan subjek-subjek yang akan kami pelajari pada semester baru ini.
1.Bakteriologi -4 jam kredit
2.Parasitologi perubatan-3 jam kredit
3.Biokimia klinikal-4 jam kredit
4.Patologi Asas dan Histopatologi-4 jam kredit
5.Hubungan etnik-3 jam kredit
6.Citra Tanggungjawab alam sekitar-1 jam kredit
7.Citra sosial dan kebertanggungjwaban-1 jam kredit
nampak tak,jam kredit subjek teras tu 4 dan 3 jam kredit..biasanya bila jam kredit sesuatu subjek ini banyak,maksudnya ada lah tugasan/kuiz/presentation,laporan dan sebagainya.
walaupun begitu,aku anggap ini sebagai satu cabaran menuntut ilmu di menara gading.Mana ada benda senang di dunia ini,segala-gala yang kita tempuhi itu adalah satu ujian dan usaha itu pun harus berlipat kali ganda.Cakap memang mudah kan,tengoklah nanti hasil usaha aku pada keputusan peperiksaan semester baru nanti,adakah cgpa aku dapat dikekalkan atau dinaikkan?Mungkin boleh jadi cgpa aku akan turun jika aku bersikap sambil lewa...ada baiknya aku mengeluarkan kata-kata aku sendiri di dalam blog ini supaya aku dapat buat refleksi tentang segala yang telah dilalui pada masa akan datang.
cukuplah apa yang aku telah kongsikan untuk tajuk ini...aku akan kongsikan lagi kejadian-kejadian dalam kehidupan aku pada masa lain.
#edited

Eksekutif Pentadbiran MEP KTSN dan pembahagian masa sebagai seorang pelajar

Eksekutif Pentadbiran MEP KTSN adalah jawatan yang terdapat dalam organisasi MEP Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) UKM dan MEP ini adalah Majlis Eksekutif Pelajar yang merupakan satu majlis yang menjadi penghubung antara para pelajar kolej dengan pentadbiran KTSN.Jawatan ini telah aku sandang sejak Jun 2015 yang lalu dan akan menyandangnya selama setahun.Walaupun sesi baru 2015/2016 belum bermula lagi,tapi tanggungjawab yang berat sudah dapat dirasai sejak Jun 2015 yang lepas.Apa yang aku dapat kongsikan bersama di blog ini, aku berasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak pentadbiran kolej yang memberi kepercayaan kepada diri ini untuk memikul tanggungjawab yang berat ini.       


Apabila aku berkongsi mengenai jawatan ini, aku merasakan kehidupan aku sebagai seorang mahasiswi nanti akan sibuk dengan kegiatan program pelajar di kolej kediaman serta beban kerja akademik nanti.. aku akui semua ini akan menjadi satu cabaran dan dugaan yang hebat buat diri ini. Aku sedang memikirkan adakah aku akan ada masa untuk balik ke Sarawak sepanjang tempoh ini nanti...dan juga aku memikirkan bagaimana ingin membahagikan masa antara kegiatan kolej dan juga bidang akademik di mana semester baru ini nanti,subjek-subjek yang akan kami pelajari rata-rata mempunyai jam kredit 4 dan 3.

Dan juga aku sedang memikirkan adakah aku masih mempunyai masa untuk berjalan keluar ke pusat membeli-belah bersama rakan-rakan sekelas di mana pada sesi lepas,kami suka pergi menonton wayang jika ada masa lapang biarpun hanya 4 atau 5 jam sahaja berjalan ke shopping mall.                      

Tepuk dada tanya selera.Pembahagian masa yang efektif ini adalah terpulang kepada seorang pelajar itu sendiri.Harus juga ingat dalam sehari ada 24 jam,tidur 6 atau 7 jam,yang selebihnya baki jam dalam sehari sepatutnya harus dimanfaatkan sebaik-baiknya..

Sekian,ini saja perkongsian aku untuk coretan kali ini.. :)                

The Regency Jerai Hill Resort

Bengkel pada 16 Ogos sehingga 18 Ogos 2015

pemandangan dari pondok yang dekat dengan kolam renang...
           kolam renang resort

cantik kan...






pemandangan dari bilik 104

bath tub yg ada pada bilik 104

gambar ini pula adalah ketika kami sedang menuju ke resort..mmg gigih si cycler ni sebabnya dia boleh berbasikal menaiki jalan ni yg sepanjang 12km dari jalan masuk di kawasan rendah sehingga ke resort.

jalan menuju ke resort yang kecil dan banyak selekoh

Wednesday, 12 August 2015

Keputusan final Tahun 1 Semester 2 yang lepas

Alahai..tak sangka juga rakan aku seorg tu menjumpai blog ku ini dan siap bagi komen lagi.ya la..terima kasih sim sebab kamu sudi meluangkan masa nak baca kejap.

hmmm....Aku nak kongsikan keputusan yang aku dapat pada semester lepas.Apa tujuan aku nak kongsikan ya?Ini kan blog aku,sukati aku la asalkan aku tak melanggar undang-undang negara serta tidak meruntuhkan akhlak diri ini...hehe gurau jer ler

ok.Gpa aku pada tahun 1 semester 1 adalah 3.47 (aku sendiri pun sukar nak percaya bila keputusan ini keluar pada Februari 2015 yang lepas).Terima kasih kepada semua rakan sekelas dan para pensyarah UKM (walaupun mereka tak baca blog ni pun).Gpa tahun 1 semester 2 pula 3.72 keluar pada bulan Julai lepas (haaa!ini gpa lagilah sukar aku nak percaya pada mulanya) maka cgpa aku 3.63.Entah la...setiap kali musim exam,aku sering rasa mcm biasa,bila aku stress aku tengoklah drama korea di bilik ketika musim exam.Nak kata aku bijak pun tak juga.Umur pun dah mencecah 29thn.Cuma rahsia aku sepanjang menjadi pelajar ni,aku banyak mengambil suplemen DHA EPA.Kata seorang pensyarah aku tu yang namanya dirahsiakan,DHA ni memang sangat bagus utk otak

Dan perasaan aku setiap kali habis exam,aku akan menenangkan diri sendiri 'cukuplah wen,kamu dh cuba yang terbaik.Dan jangan harapkan result tu nanti baik sangat,kalau di bawah 3.00 kecewa dirimu nanti'.begitulah aku,sering bercakap sendirian tapi di dalam hati jer la..

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada semua pensyarah walaupun mereka tak baca blog ni.Aku masih ada 3 tahun lagi tempoh pengajian untuk program bioperubatan ni..entah la,dapat tak cgpa ni dikekalkan sebaik seperti yg lepas tapi aku  takkan berhenti mencuba sebaik mungkin dan jangan memberi tekanan yang melampau kepada diri sendiri.Kalau aku grad kelas pertama kelak,aku tak tahu la nak cakap apa,yer la sekurang-kurangnya ptptn aku akan jadi biasiswa tapi tu la perjalanan masih panjang lagi,nak berjanji dgn diri sendiri pun risau juga.

Cukuplah testimoni ku kali ni..aku sering terlupa dengan blog ni hehe..lain kali aku merapu lagi..tatatititutu

Tuesday, 9 June 2015

Peperiksaan final Tahun 1 semester 2 sesi 2014/2015

Menjadi seorg pelajar ijazah sarjanamuda mmg sangat seronok lebih-lebih lagi bergelar sbg seorg pelajar UKM Fakulti Sains kesihatan dan aku dh berumur 28 TAHUN..ok..aku sekarang tgh melanjutkan pelajaran dlm program Biomedic.Makanya sekarang tentulah aku tengah ulangkaji subjek biomedic kan..biar aku mengambil peluang menjelaskan biarpun mungkin tiada org akan baca blog aku ni..hehe

Subjek final kali ni
1.sains tingkah laku
2.anatomy physiology
3.academic communication
4.histologi
5.biologi molekul asas

Setakat ni midsem aku agak memuaskan tp ku kena ingat,aku jgn riak dgn result tu walaupun cantik.utk final ni,aku mesti berusaha yg terbaik.keputusan final nanti akan keluar hujung ogos kot..semoga aku berjaya kali ni!!

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...