hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata...
kertas final kami kali ini meliputi 40% dan 60% lagi tu assessment. Kertas final ni ada dua bahagian iaitu Part A case study (40%) dan Part B esei (60%). Coretan kali ni, aku tak larat nak kongsi soalan tadi sebab penat sangat....
Sejak semalam sampai hari ni, aku masih terfikirkan tentang fyp aku ni. Tapi aku lum dapat nak share tentang fyp aku ni dulu sehingga aku dapat kebenaran daripada sv. Kerana fyp ni, aku agak terganggu dan payah nak fokus untuk exam hari ni. Ini la berita buruknya..alahai..masa exam tadi, aku rasa macam nak menjerit jer sebab hati ni yang gundah gulana ketika menjawab soalan. Tulisan pula alahaiii, semoga lecturers faham apa yang kami nak sampaikan...
Midsem pathophysio hari tu, aku dapat A- akan tetapi aku rasa lain semacam dengan paper ni..tunggu jer la result keluar hujung august nanti. Lepas ni, ada exam sabtu ni which is Pengurusan Makmal Sains Bioperubatan yang mempunyai 2 jam kredit tetapi markah finalnya 45% beb! Parai kitaiiiii....
Ni saja la coretan ku kali ni...Lain kali aku sambung lagi dan aku harap aku akan rajin update blog ku banyak pasal fyp nanti,,kiranya jadikan blog ni sebagai buku log aku juga hihihi...
Tataaaaa.....
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete