Tuesday 13 September 2016

Program Sains Bioperubatan UKM Tahun 3 Semester 1

hmm......

Lama sudah aku tak update blog.. Kali ini aku nak mengulas sedikit tentang jadual akademik Tahun 3 Semester 1. Bila aku terima jadual kuliah pada minggu lepas, adalah sedikit perasaan terkejut tengok jadual sebab jadual harian kami sangat padat sehingga aku terus terfikir bagaimana agaknya aku nak luangkan masa di gym kelak (walaupun sibuk macam mana sekalipun, kesihatan pun mesti dijaga kan dan lebih-lebih lagi badan pun kena fit, bagi aku intelligent must come with a good health)

Tahun 3 Semester 1 kami kali ini meliputi beberapa subjek iaitu:
1. Biostatistik 4 jam kredit
2. Immunologi 4 jam kredit
3. Toksikologi 3 jam kredit
4. Hematologi 3 jam kredit
5. Kepaniteraan makmal diagnostik (erti lain adalah attachment di PPUKM selama sebulan) 4 jam kredit
6. Flebotomi 2 jam kredit  (elektif wajib)
7. Penyakit kegagalan endokrin 2 jam kredit (elektif)
JUMLAH KREDIT = 22 jam kredit

Hmmm....boleh tahan kan jam kredit semester 1 kami...tapi, ada banyak lagi program sains kesihatan lain yang mungkin mempunyai jam kredit lebih banyak lagi daripada sains bioperubatan. Cukup kot coretan ku tentang subjek-subjek yang akan kami pelajar kali ini.. Coretan akan datang mungkin akan ku cerita tentang perkara peribadi? Ehh..patut ker tak aku cerita perihal perasaan dalam blog ni, macam tak elok jer bercampur aduk dengan perihal akademik..

Blog ni pun dijadikan diari elektronik secara tak langsungnya...Memandangkan jam dah 12 tengahhari, cukup la ni...aku nak turun ke kafe beli makanan...tatatititutu





No comments:

Post a Comment

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...