Jadi, untuk menghilangkan tekanan dan debaran musim peperiksaaan ini, aku kena cari tabiat baru menggantikan drama korea aku tu, inilah dia GILA DENGAN BLOG. Sedihnya...nak troubleshoot masalah windows ni bukannya senang..jadikan blog ni sebagai satu tempat aku meluahkan segala perasaan yang terbuku di dada dan kepala ku ni..
Nak dijadikan cerita, esok kawan aku kiranya kawan rapat la dari Sabah (tak perlu la sebut nama dia dalam ni, takut dia perasan lebih nanti hahaha), dia nak ke QuillMall..ala shopping mall tu dekat jer dengan fakulti kami, naik monorel dari Chowkit ke Medan Tuanku satu station saja pun. Jadi, esok aku nak beli lilin aromaterapi untuk mewangikan bilik aku ni dan ubat cacing (risau juga sebab aku kuat makan salad kebelakangan ni, manalah tahu salad tu tak bersih kan)..ada juga terdetik di hati nak beli minyak kelapa virgin coconut oil produk dari Australia, maklumat produk tu kata minyak kelapa ni bagus untuk kecantikan badan..entah la..ada juga hati nak terdetik nak beli virgin olive oil produk Australia juga. Kebelakangan ni, aku gila betul nak beli produk kecantikan untuk keremajaan kulit..hmm..ya la umur dah nak masuk 30 tahun ni..
Rasanya cukup la coretan aku untuk hari ini..esok aku akan sambung lagi..ehhh, blog ni macam dah jadi diari aku pula..rasanya lebih elok lagi kan daripada dok update status kat facebook tu hihi
SELAMAT MALAM...
No comments:
Post a Comment