Wednesday, 28 December 2016
Biostatistic 4 credit hours
2 jam setengah exam tadi, 10 soalan objektif, 4 soalan esei struktur, 10 soalan EMQ, tak cukup oi 2 jam setengah tuu....okay, bahagian objektif dan EMQ aku hanya ambil masa setengah jam untuk jawab jadi 2 jam lagi untuk bahagian esei. Setiap soalan esei ada 20 markah jadi 4 soalan berjumlah 80 markah. Bahagian objektif adalah 20 markah, dan EMQ adalah 30 markah..
hmm....sekarang ni aku berdebar menunggu gred biostat aku pulak walaupun final belum habis sepenuhnya.
Kepada para junior bioperubatan kak, jika terbaca post ni, kak hanya mampu memberi nasihat, kuasai subjek ini, jika anda tak faham biostat ni, macam mana korang nak buat final year project nanti. Okay..kak tak nak buang masa lagi, kak nak kongsikan sikit soalan esei struktur tadi tapi kak tak dapat bagi butir soalan sepenuhnya (mana aku ada masa nak menghafal soalan biostat sedangkan aku masih terkial-kial menjawab soalan)
soalan esei struktur:
1. case: 30 buah rumah di kampung baru dengan sewa rumah bulanan, ada tiga puluh data sewa rumah yang dipaparkan tanpa susunan okay. (anda kena susun atur data tu sendiri)
i. buat frequency distribution table
ii. buat histogram
iii. buat stem and leaf display
iv. buat boxplot
v. kira normality testing dengan calculation sekali, mmg ada satu jadual descriptive table SPSS disediakan dalam soalan.(untuk ini, kak pilih skewness dan kurtosis, rujuk balik nota biostat korang yang ciri-ciri normal untuk semua descriptive method for normality testing)
2. case: academic performance yang CGPA 3.0 and above; CGPA less than 3.0 with number of students 380. ada dua jenis entry of level dalam jadual iaitu matriculation and STPM/diploma. (sebenarnya ni adalah Chi-square, kak tahu tapi kak tak dapat kira expected value)
i. nyatakan null hypothesis
ii. kira expected value
iii. kira value test statistic
iv. (lupa soalan)
3. case: 16 orang tetamu di mana 8 orang tetamu bagi level of satisfaction of brand X dan 8 orang lagi bagi level of satisfaction of brand Y for mosquito repellent. Dalam jadual disediakan, level of satisfaction adalah dari skala 1-10. (samada independent T-test atau Mann-whitney)
i. nyatakan null hypothesis dan alternative hypothesis
ii. nyatakan jenis data yang digunakan
iii. nyatakan test statistik yang digunakan dan dua sebab kenapa
iv. dengan 5% significant level, adakah level of satisfaction of brand X and Y berbeza?
v. nyatakan conclusion dengan APA style
4. case: dengan bilangan frequency eat fast food per month, predict the cholesterol level. SPSS regression table disediakan dalam soalan (jadi, SPSS output table regression pun korang mesti tahu rupa table tu)
i. lukis rejection area dengan nilai tcritical dan alpha diberi (kak lupa kedua dua nilai tu)
ii. buat equation berdasarkan jadual SPSS tersebut. Apa itu constant dan slope...fahamkan persamaan regression daripada SPSS output okay
iii. berapa total cholesterol untuk dua orang individu berdasarkan frequency yang diberikan?(kak lupa juga nilai ni)
iv. apa nilai R square dalam table SPSS tu dan maksudnya?jadi, fahamkan okay.
cukuplah untuk hari ni...penat juga menjawab biostat tadi, aku cuma tak dapat jawab soalan 2 jer. chi square tu adalah non parametric test jadi aku tak sangka ni akan keluar dalam esei sebab lecturer maklumkan yang esei hanya keluar parametric test sahaja. Memang aku silap...huhu...
Apa gred biostat aku? bila aku dah dapat nanti, aku akan share dalam blog ya..oh ya, markah untuk final biostat adalah 40% dan 60% datang daripada continuous assessment kami! ;)
tatatititutu
Tuesday, 27 December 2016
oh my Immune system!
Seperti biasa, setiap kali selepas peperiksaan, aku akan mengemaskini blog aku ni...fuhh...baru ku perasan, rupanya berbulan dah tak mengemaskini blog...hari ni peperiksaan 2 jam teori bermula pada jam 3.30 petang dan selesai pada jam 5 petang. Sampai jer di bilik, aku mendapat teks daripada junior tahun 2 yang nak kan aku ni buat koleksi soalan final. Tapi kan, aku tak pasti adakah benda yang aku buat ni betul atau tau, rasanya macam tak menyalah undang undang peperiksaan UKM (ehh..ada ker pekeliling exam tentang ni?)
Tanpa membuang masa dan sementara aku masih ingat butir butir soalan esei tadi, lebih baik aku mulakan sekarang. Esei immuno tadi adalah 2 jam, pilih 4 soalan daripada 6 soalan. Semua markah adalah 80 markah.
Soalan-soalan:
1. case study di mana David ni mengalami facial defect, congenital heart diease, hypocalcemia, prone to infections (lupa dah symptoms yang lain). Agak-agaknya ni kes apa?Kalau aku tak silap, DiGeorge Syndrome.
i. apa chromosomal mutation
ii. apa treatment yang sesuai dan bagaimana keadaan David selepas treatment?
iii. sesuai tak bagi live attenuated vaccine kepada David?
iv. sesuai tak bagi live attenuated vaccine kepada AIDS patient?
2. Hypersensitivity type III
i. how immune complex cause inflammatory response to tissues?
ii. Two typical reactions of HS type III?
iii. explain mechanism of one typical reaction in (ii)?
iv. compare and contrast effector stage of HS type II and HS type III?
3. Transplantation immunology
i. explain the immunopathology of graft rejection
ii. explain about reaction happen to recipient who receive kidney transplant even after HLA typing?
iii. explain the GVHD
4. tumour immunology and immunotherapy
i. expplain the concept of tumour immunosurveillance
ii. explain the meaning of tumour associated antigen and tumour spesific antigen with two examples each antigen
iii. explain 3 mechanism of tumour evade the immune system
iv. state two approaches using antibody for immunotherapy
5. Mucosal immunity
i. state 4 gross anatomical barriers for gut mucosa
ii. with the illustrations, label 3 sites at gastrointestinal tract that contain lymphocyte
iii. give 2 mechanisms how mucosal dendritic cells capture pathogen/antigen
iv. why mucosal-induced tolerance needed? give mechanism how mucosal immune tolerance against food antigen
6. based on table of immunization in Sarawak (tak berapa ingat soalan ni sebab aku tak buat...hehe)
rasanya itu saja untuk hari ni..Esok aku update untuk biostatistik pula ;)
Tuesday, 13 September 2016
Program Sains Bioperubatan UKM Tahun 3 Semester 1
Lama sudah aku tak update blog.. Kali ini aku nak mengulas sedikit tentang jadual akademik Tahun 3 Semester 1. Bila aku terima jadual kuliah pada minggu lepas, adalah sedikit perasaan terkejut tengok jadual sebab jadual harian kami sangat padat sehingga aku terus terfikir bagaimana agaknya aku nak luangkan masa di gym kelak (walaupun sibuk macam mana sekalipun, kesihatan pun mesti dijaga kan dan lebih-lebih lagi badan pun kena fit, bagi aku intelligent must come with a good health)
Tahun 3 Semester 1 kami kali ini meliputi beberapa subjek iaitu:
1. Biostatistik 4 jam kredit
2. Immunologi 4 jam kredit
3. Toksikologi 3 jam kredit
4. Hematologi 3 jam kredit
5. Kepaniteraan makmal diagnostik (erti lain adalah attachment di PPUKM selama sebulan) 4 jam kredit
6. Flebotomi 2 jam kredit (elektif wajib)
7. Penyakit kegagalan endokrin 2 jam kredit (elektif)
JUMLAH KREDIT = 22 jam kredit
Hmmm....boleh tahan kan jam kredit semester 1 kami...tapi, ada banyak lagi program sains kesihatan lain yang mungkin mempunyai jam kredit lebih banyak lagi daripada sains bioperubatan. Cukup kot coretan ku tentang subjek-subjek yang akan kami pelajar kali ini.. Coretan akan datang mungkin akan ku cerita tentang perkara peribadi? Ehh..patut ker tak aku cerita perihal perasaan dalam blog ni, macam tak elok jer bercampur aduk dengan perihal akademik..
Blog ni pun dijadikan diari elektronik secara tak langsungnya...Memandangkan jam dah 12 tengahhari, cukup la ni...aku nak turun ke kafe beli makanan...tatatititutu
Monday, 22 August 2016
Minggu Mesra Mahasiswa 2016/2017
Aku memegang portfolio pendaftaran bersama 3 orang ajk yang aku amat kasihi...penat memang penat merancang agar semua berjalan dengan teratur dan lancar. Sejujurnya, bukan mudah memegang amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada diri ini lebih-lebih lagi diri ini dipilih oleh mereka yang berkenaan. Terima kasih kerana memilih aku...
Masa perkampungan pc di kolej kediaman, banyak betul aktiviti kami..bukan saja sarat dengan mesyuarat, tetapi ada gotong-royong, simulasi dan latihan kebudayaan...penat tapi hati gembira sebab semua ni untuk junior yang bakal datang pada 28 Ogos...
Kali ini , sesi baru agak berlainan sebab aku akan ada 2 orang geng yang akan menjadi junior yang sama program dengan aku..Tahniah Sim dan Mazlan...tak sabar aku ni nak jumpa kalian berdua...
Cukupla coretan ku kali ini...Mata aku pun dah mengantuk gila ni...Selamat malam...
Wednesday, 17 August 2016
Sejauh manakah kesan terapeutik Buah Engkabang (The flying helicopter fruit)
Kenapa pula aku nak membuat penulisan sedikit tentang buah engkabang ini?
Buah engkabang ini sangat popular dan digemari di Sarawak terutama di kalangan masyarakat Iban. Masyarakat Iban mempercayai yang buah engkabang ini banyak mengandungi khasiat yang baik untuk kesihatan. Kebanyakan orang tua masyarakat Iban menggemari memakan buah engkabang ini yang mengandungi minyak dan mereka meletakkan minyak ini ke atas nasi putih panas kebiasaannya.
Jadi, aku berhasrat ingin menjadikan kesan terapeutik buah engkabang ini sebagai projek tahun akhir aku nanti. Oleh itu, kalau betul aku berminat maka aku kena sediakan cadangan projek bermula sekarang. Semoga hasrat aku ini termakbul untuk projek tahun akhir.
Saturday, 13 August 2016
0.02
0.02. Nilainya kecil tapi memberi makna yang cukup besar kepada aku. Fuhhhhh.... Bila difikirkan balik apa yang aku lalui semester 2 lepas dengan usaha yang aku curahkan, pointer semester aku tu memang apa yang patut ku dapat..
Dalam banyak-banyak subjek, subjek aku yang paling teruk semester lepas adalah instrumentasi dengan gred B! Teruk memang teruk performance subjek aku tu..kenapa gred aku tu teruk sangat untuk subjek tu.. Farmakologi aku pula dapat B+.. Subjek yang lain dapat A dan A-. Jadi pointer semester 2 aku adalah 3.65 iaitu turun 0.02 daripada 3.67 tapi cgpa yang masih maintain dengan 3.66.
Terima kasih kepada semua pensyarah yang telah memberi ilmu kepada kami semua dan juga rakan-rakan sekelas aku.
Pada sesi baru september 2016 ini, aku akan melangkah ke Tahun 3 jadi tinggal 2 tahun lagi pengajian aku di UKM kampus KL ni... Cita-cita aku adalah bergraduasi dengan kelas pertama, semoga tuhan memberkati perjalanan diri ini..bukan senang menaruh cita-cita sebegitu kerana ia perlu berjalan seiring dengan usaha.
Amen.
Wednesday, 6 July 2016
Baba Nyonya dan pengalaman harian etnik
Part 1 (ditulis seawal pagi): Hari ini hari pertama Aidilfitri 2016. Aku dah bunyikan alarm seawal 6am tapi aku kasi snooze jadi aku bangun pukul 6.10am. Kenapa aku bangun awal ehh? sebabnya girlfriend aku semalam kata, kami akan bertolak awal ke Melaka balik ke kampung halaman ayahnya di Bukit Baru. Itu la sebabnya....tapi kan ketika aku sedang menulis coretan ni, girlfriend aku tu tak bangun pun lagi. Aku ni pula dah siap sarapan dan mandi dah cuma pakaian jer yang aku belum masukkan ke dalam beg lagi..hihi
Kenapa coretan aku kali ini mengenai Baba Nyonya atau dikenali sebagai peranakan Cina?sebabnya girlfriend aku ni keturunan Baba Nyonya dan seorang kenalan aku juga keturunan etnik ini. Bukannya aku tak pernah belajar sejarah peranakan Cina di sekolah menengah sebelum ini tapi aku dah bertahun lamanya meninggalkan bangku sekolah jadi aku dah lupa sejarah etnik ini..
Jadi, pagi tadi selesai sarapan, aku pergi la google dan baca serba sedikit mengenai etnik ini untuk memahami asal usul mereka dan adat budaya mereka..memang menarik.. Dalam satu laman web yang memang sumber sah menceritakan sejarah etnik ini, etnik ini juga sering disebut "Orang Cina Bukan Cina", adakah sebutan ini bermaksud mereka orang Cina tetapi tidak tahu atau kurang tahu berbahasa Cina kerana mereka biasa menggunakan bahasa Melayu untuk bertutur dalam kehidupan harian? Mungkin aku kena buat penyelidikan peribadi aku sendiri berdasarkan pengalaman harian aku.
Part 2 (ditulis dalam jam 10 pagi): Ketika dalam perjalanan kami berempat di dalam kereta, kami sempat berbincang tentang subjek TITAS dan Hubungan Etnik (HE) dan kepentingan kedua-dua subjek yang diajar di IPT. Hmmm....aku hanya nak mengulas tentang subjek HE la..subjek HE ini memang banyak mengajar aku tentang latar belakang masyarakat majmuk yang membentuk keperibadian negara kita. Sedikit sebanyak, aku boleh mengaplikasikan pengetahuan HE ke dalam pengalaman harian aku sebagai contoh pengalaman aku di Melaka selama 2 hari ini nanti...Aku akan memerhati suasana keluarga Baba Nyonya sepanjang penginapan aku dan akan membuat refleksi peribadi aku di coretan lain.
Seronok la bila berkawan dengan kawan yang berlainan adat budaya daripada aku...aku memang mencintai kepelbagaian yang wujud dalam interaksi harian bersama orang-orang di sekeliling aku..
Cukup kot coretan aku buat masa ni..aku akan sambung lagi di masa lain..tatatititutu
Wednesday, 29 June 2016
Dadah bukan sebarang dadah
Tgh malam tadi aku tidur jam 12.30am dan bangun pula jam 4.00am..gila kot, masa tidur tak sampai 4 jam kot..tapi disebabkan subjek farmakologi am yg 4 jam kredit ni, buatkan debaran aku tu tak hilang hilang sejak isnin yang lalu.
Naluri hatiku semalam yang aku luahkan mmg agak tepat...aku kurang mempercayai dengan tips farmakologi tersebut..soalan final yang dibuat oleh lecturer ni bukannya baru dibuat sebulan dua bulan yang lalu tapi dh berbulan lamanya..dan kalau lecturers bagi tips yang amat ketara untuk final, bagi aku itu bukan peperiksaan namanya, bagi aku la..jangan pula korang yang baca ni rasa sentap pula. Kalau tak sependapat dengan aku, aku terima dan lagipun ni blog aku kan jadi aku boleh suarakan pendapat peribadi aku sendiri asalkan tidak melanggar perlembagaan negara (aisehhh....kononnya la...)
Baiklah...aku nak berkongsi sedikit pendapat aku tentang subjek farmakologi ni sebelum aku berkongsi soalan esei yang keluar pagi tadi. Farmakologi ni adalah satu kajian mengenai ubat-ubatan dan kesannya ke atas badan kita atau sebaliknya, nak dijadikan cerita ringkas, farmakologi ni adalah tentang farmakodinamik dan farmakokinetik. Jadi, pemahaman seorang pelajar dalam subjek ni agak penting. Kenapa??nanti aku terangkan...
Okay..sekarang ni, aku kongsikan soalan soalan esei farmako tadi, manalah tahu ada para junior yang singgah ke dlm blog aku ni nanti untuk rujukan korang..
Soalan OBA one best answer 30 soalan dengan markah 40, soalan esei mesti jawab semua 4 soalan tu dengan markah 60.
Soalan esei:
1. Maklumat label acetaminophen.
-generic and proprietary name
-kegunaan ubatan itu
-kejadian hepatotosiksiti akibat dos tinggi ubatan itu
-dgn nilai pH pada label tu, terangkan kinetik ubatan itu.
-mechanism of action ubatan itu
2. Case study: Anti-angina dengan asthma dengan ubatan organic nitrate.
-terangkan mechanism of action
-bagi 3 adverse effects ubatan itu
-kenapa propanolol tak sesuai utk pesakit itu
-mekanisma calcium channel blocker untuk rawatan angina
3. Ephedrine kemudian theophylline kemudian albuterol
-kenapa ephedrine tidak direkomen oleh FDA lagi?
-kenapa albuterol lebih sesuai daripada ephdrine
-kenapa kombinasi albuterol dan theophylline tidak digalakkan untuk pesakit asma?
-bagi tiga jenis antiasthma yang bersifat anti-inflammatory dan its routes of administration.
4. Seorang pesakit yang berumur 60am mengidap peptic ulcer
-3 faktor risiko dapat peptic ulcer
-the best medication for peptic ulcer
-jelaskan mechanism of action misoprostol
- cadangkan lifestyle untuk pesakit ini.
Soalan soalan esei tu dah cukup menunjukkan yang jika pemahaman asas tentang sympathetic nervous system misalnya tidak kuat, penjelasan untuk mengaitkan tu dengan ubatan yang lain pun kurang jelas jadinya.. Sebab itu, aku kata farmakologi am ni memerlukan pemahaman yang kuat serta memori yang kuat juga untuk menghafal nama ubatan..
Aku tadi macam kurang yakin dengan ejaan antiasthma steroid jenis parenteral tu, rasanya aku tulis beclomethaxone rasanya..
Okayla...peperiksaan sains bioperubatan Tahun 2 batch 2014/2015 telah tamat dengan rasminya. Aku menulis coretan ni pun di bus stop ktsn ketika sedang tunggu bas nak meraikan kemerdekaan bersama girlfriends dengan makan di luar dan tonton wayang sepuas-puasnya!!
Tatatititutu....
Tuesday, 28 June 2016
A diary
Monday, 27 June 2016
Subjek Instrumentasi
Peperiksaan yang bernilai 3 jam kredit dijawab dalam masa 2 jam, 30 soalan emq dan jawab 4 esei daripada 6. Subjek ni agak menarik kerana ia mendedahkan kepada para pelajar sains bioperubatan gambaran makmal perubatan/penyelidikan yang menggunakan pelbagai jenis instrumentasi yang mempunyai prinsip tersendiri dalam melakukan ujian yang bersesuaian. Salah satu instrumen yang kami belajar adalah tentang mikroskop elektron.
Okay...aku tak nak mengulas banyak tentang subjek ni. Jadi sekarang ni aku nak berkongsikan soalan esei yang keluar pada peperiksaan intrumentasi kod NNNB2243.
1. Perbezaan scanning and transmission electron microscope. Nyatakan kelebihan environmental scanning electron microscope.
2. Cari kepekatan ferum dalam milo. (lakar graf berdasarkan maklumat yg dinyatakan.cari kepekatan ferum ppm dlm 250ml milo)
3. Dgn bantuan gmbr rajah, terangkan teknik elisa sandwich. Nyatakan ciri ciri antibodi reagen.
4. Penerangan carbon untuk nuclei magnetic resonance.(ada gmbrajah disertakan)
5. Kelebihan dan kelemahan sistem auotmasi beserta contohnya.
6. Dgn carta alir maklumat terangkan interkasi antara pelbagai peringkat dlm sistem biologi. (omik.. Aku pun kurang ingat ttg soalan ni)
Markah bahagian emq adalah 60 markah dan esei 40 markah. Aku agak berdebar pula sekarang ni....rabu ni subjek farmakologi 4 jam kredit tauuu, dah la banyak drugs yg kena diingat berserta mechanism of action, clinical indications serta side effects..
Lepas selesai exam ni pula, aku akan berdebar menunggu keputusan final ni yang mungkin akan dikeluarkan pada hujung ogos nanti..
Semoga semua berjalan dgn lancar...
Thursday, 23 June 2016
Final paper Entomologi perubatan
Berdebar pula aku tadi sebelum melangkah masuk ke dalam dewan tun syed nasir. Kenapa pula aku berdebar? Samalah situasi pagi tadi macam kertas patologi lepas iaitu menulis esei selama 2 jam setengah. Seperti biasa dengan memori yang masih segar ni, aku nak kongsikan soalan esei entomologi tadi.Kalau ada junior yang rujuk blog aku ni nanti, mohon jangan berharap sangat soalan esei yang sama akan keluar zaman anda nanti.
Berikut adalah soalan esei entomologi NNB2423 (3 jam kredit tauu)
1. IPM, strategi dan kawalan dlm IPM
2. Filum arthropoda, kelas, ciri kelas dan cth organisma. Kenapa serangga dikatakan makhluk paling berjaya di dunia?
3. Apa itu anthroporfisme dan teleologi? Bagaimana serangga memperolehi tingkahlaku? Terangkan seleksi alamiah
4. Apa itu post mortem interval?terangkan pmi menggunakan larva lalat.
5. Kepentingan roden dan ular dari segi perubatan dan pertanian.
6. Apa vektor denggi. Terangkan teknik survei utk denggi serta indeks denggi. Terangkan cara mengawal vektor denggi.
7. Kutu pediculus humanus dan kawalannya. Morbus errno?
8. Cara kawalan vektor malaria
Lambat pula post ni keluar daripada draft section... Aku dah menulis tentang ni sebaik selesai kertas entomologi..
Semoga perkongsian ku ini boleh membantu para junior mengulangkaji nanti untuk tahun 2. Tapi aku nak ingatkan sekali lagi, jangan expect soalan sama yang akan keluar lagi...
Tatatititutu..
Friday, 17 June 2016
Kursus Elektif SAINS BIOPERUBATAN BATCH 2014/2015 UKM
Jadual peperiksaan akhir Tahun 2 Semester 2
Wednesday, 15 June 2016
HARI KEDUA MUSIM PEPERIKSAAN
Penatnya otak memerah banyak ilmu ketika musim peperiksaan ini. Setiap kali selesai jawab kertas peperiksaan, aku memang akan rasa penatnya sangat terutama pada otak. Kenapa aku nak update blog pada hari ini pula? Alaaa.....alang-alang dah rajin menaip dan mengemas blog ni jadi hentam saja la, lagipun bukan selalu pun nak menulis coretan berpanjang lela (abaikan tatabahasa bahasa okay) pada blog aku yang berhabuk ni.
Sekarang ni, aku menggunakan komputer library fakulti sebab hari ni aku tak bawa laptop (berat kot, jangan nak menyusahkan diri sendiri yer). Aku datang sini sejurus selesai kami sekelas menjawab soalan OSPE histopathology tadi yang mengambil masa 1 jam setengah, setiap soalan memakan masa 7 minit.
Seperti yang telah Dr. Shima (pensyarah ni sporting sangat, harapnya beliau tak baca post ni dan dia comel.....) katakan ketika sesi tutorial kami minggu lepas, amali ospe ni akan menekankan ciri-ciri penyakit dalam slaid, etiology, signs symptoms dan diagnosis penyakit. Fuhhh....aku hanya baca dan buat ulangkaji mengikut apa yang dinyatakan oleh beliau (kalau ikut apa yang aku ingat).. Tapi punyalah menggelabah aku bila coursemate kata pagi tadi yang kami kena tahu ujian diagnostik dan treatment setiap penyakit (dalam hati aku ni, aku terus berkata 'mampuslah aku sebab aku kurang fokus dengan diagnostik dan treatment utk amali hari ni) walaupun teori patologi baru jer habis semalam. Serius la, subjek ni bukan senang, dahla 4 jam kredit pula tu...
Okay! Apa yang aku nak kongsikan tentang amali histopatologi ni adalah keupayaan membaca slaid tisu. Maksud aku ni, bukannya hebat tahap dewa mcm pathologist di hospital yang memang dah pakar membaca slaid. Apa yang aku nak katakan ini adalah, sebagai seorang pelajar bioperubatan yang mempelajari subjek patologi selama 3 semester (3 semester beb!...), perkara paling asas adalah mesti mengenalpasti histologi normal semua tisu atau organ dalam badan. Sebagai contohnya, kenalpasti histologi normal kolon yang ada mucosal layer, submucosal layer, lamina propria etc terlebih dahulu. Bila dah tahu bagaimana histologi normal tu, barulah kita akan belajar bagaimana nak mengenalpasti kolon yang mempunyai perubahan abnormal pada histologinya. Mencabar kan subjek ni tapi sebenarnya subjek ni agak menarik jika menanam minat dan curiousity tu tinggi.
Oleh kerana aku dah penat disebabkan oleh amali tadi, itu pasal aku update blog ni..lepas ni aku nak buat ulangkaji untuk subjek hubungan etnik pula (banyaknya fakta kena dihafal ni). Subjek ni pun jangan pandang ringan sebab subjek ni mempunyai 3 jam kredit! Penat kan ketika musim peperiksaan ni... lepas ni ada 4 subjek lagi kami sekelas kena harungi...huhu
Aku malas nak tekankan diri sangat dengan exam ni, dah la aku ni bukannya muda sangat seperti kebanyakan student kat sini... pelajar yang special macam aku ni memang tak boleh tertekan sangat sebab risau kesihatan cepat terjejas nanti (tak pasal-pasal paras cortisol aku naik beb!). Jadi, petang ni aku akan pergi ke gym (aiseh...konon-konon nak flat abs kan). Harapnya aku tak guna banyak masa di gym pula petang nanti pasalnya ada banyak lagi subjek yang kena diulangkaji ni (tapi gym tu kan macam dah jadi rumah ketiga aku selepas Sarawak dan KTSN)..
Cukup la menaip panjang jela cenggini...penat juga jari menaip doh. hahaha.. aku ni kadang-kadang suka merepek dalam ni sebab boleh buang kebosanan aku serta menghilangkan stress menjadi seorang pelajar gituuuu... tatatititutu
Tuesday, 14 June 2016
coretan pada 14hb Jun 2016
Part A:
1) hypercholesterolemia case study:
- 3 diagnosis criteria for myocardial infarction
- how hypercholesterolemia leads to myocardial infarction.
2) case study multiple sclerosis:
- pathogenesis of MS
- the role of vitamin D in MS
3) case study Benign prostate hyperplasia:
- the most likely diagnosis and its justification of BPH
- the pathogenesis of BPH
4) case study Cushing syndrome:
- the justification for such diagnosis
- the pathogenesis of those pathological condition
5) asthmatic case study:
- the most likely diagnosis and its justification based on clinical findings
- the mechanism of bronchodilator
6) how air pollutant cause respiratory disorders (tak berapa ingat sangat soalan ni)
Part B:
1. a) describe the malformation in fetus
b) pathogenesis of Alzheimer disease in elderly
2. a) hydrocephalus and its pathogenesis
b) the use of V-P shunt placement for hydrocephalus patient
3. a) the pathogenesis of diabetes insipidus
b) how is the plasma osmolality and serum sodium level in DI patient
4. a) the pathogenesis of pneumonia and how it leads to cyanosis.
b) the pathogenesis of bronchiecstasis
5. a) the ventricle septal defect and how it leads to Eisenmenger syndrome
b) the pathogenesis of rheumatic heart disease
haaah!! soalan patologi sistem yang mampu ku ingat. Ada tambahan info pula ni, subjek patologi sistem ni adalah subjek yang belajar ttg patogenesis suatu penyakit dan kita juga perlu tahu etiologi, signs and symptoms penyakit. (bercampur aduk dah bahasa malaysia, inggeris ni).
Memang bukan senang subjek ni. Baca nota pensyarah memang tak cukup, jadi kena baca buku teks juga. Text book aku untuk patologi dari Tahun 2 sem lepas sehingga tahun 3 nanti, aku memang guna Robbins Basic Pathology. Memang buku ni ada kekurangannya dan kalau rajin, bacalah buku patologi yang lain.
Esok pula kami ada peperiksaan OSPE praktikal untuk histopatologi yang merangkumi semua kandungan histopathologi manual dan ada 10 soalan yang berharga 10 markah satu soalan. berdebar juga ni...aku lagi hairan dengan diri sendiri sebab masih boleh update blog di kala kritikal begini tapi sebenarnya aku tak berapa suka nak tekankan diri dengan stress melampau-lampau ketika musim peperiksaan.
Habis OSPE esok, ada 4 subjek lagi menunggu. Semoga aku mampu menjawab semua subjek dengan baik.
Lain hari, aku update lagi ya. Banyak sebenarnya cerita yang aku nak kongsikan dalam blog aku ni.
Saturday, 30 April 2016
It's Workout Day!!
Okay...jadi aku merancang diet tengahhari hari ini hanyalah protein sahaja, diet fiber aku tak perlu makan di kafe nanti kerana aku ada buahan di bilik. Seperti yang kami telah pelajari dalam kuliah fisiologi, perut mengambil masa 4 jam untuk mengosongkan ruangnya sambil perlahan-lahan menghantar makanan itu ke duodenum.. haaahhh!! ini lah yang seronoknya belajar fisiologi dan anatomi sebabnya kita boleh mengenali badan kita dengan lebih baik! Maka, aku harus makan dalam jam 12 tghhari ni. Petang ni pula, aku harus bergerak dari kolej ke gym tu dalam pukul 4 petang..mungkin aku berjalan kaki dari kolej ke PDN kemudian ambil bas rapidKL ke monorel titiwangsa. Tambang monorel dari titiwangsa ke Quillmall hanyalah rm1.00 sahaja (kadar tambang pelajar beb!) Seronoknya perasaan itu bila aku mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tak guna makan pil kuruskan badan sebab ada kesan sampingannya. Haahhh!! inilah yang seronoknya belajar subjek farmakologi am! kata pensyarah kami tu, hanya diet seimbang dan senaman yang menjanjikan tubuh badan yang ramping dan sihat. cehhh, gitu!!
Cukup kot coretan pagi sabtu ni... tata
Thursday, 28 April 2016
coretan merapu dari Januari 2016 sehingga bulan sekarang..
Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi
hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...
-
Kali ini aku nak membuat coretan tentang sejenis buah yang biasa dikenali oleh masyarakat Iban Sarawak sebagai buah engkabang atau dalam seb...
-
hmm...... Lama sudah aku tak update blog.. Kali ini aku nak mengulas sedikit tentang jadual akademik Tahun 3 Semester 1. Bila aku terima j...
-
Bermula esok 29 Disember 2015, pelajar sains bioperubatan Tahun 2 akan memulakan perjuangan akademik mereka dengan kertas pertama subjek Bak...