Berdebar pula aku tadi sebelum melangkah masuk ke dalam dewan tun syed nasir. Kenapa pula aku berdebar? Samalah situasi pagi tadi macam kertas patologi lepas iaitu menulis esei selama 2 jam setengah. Seperti biasa dengan memori yang masih segar ni, aku nak kongsikan soalan esei entomologi tadi.Kalau ada junior yang rujuk blog aku ni nanti, mohon jangan berharap sangat soalan esei yang sama akan keluar zaman anda nanti.
Berikut adalah soalan esei entomologi NNB2423 (3 jam kredit tauu)
1. IPM, strategi dan kawalan dlm IPM
2. Filum arthropoda, kelas, ciri kelas dan cth organisma. Kenapa serangga dikatakan makhluk paling berjaya di dunia?
3. Apa itu anthroporfisme dan teleologi? Bagaimana serangga memperolehi tingkahlaku? Terangkan seleksi alamiah
4. Apa itu post mortem interval?terangkan pmi menggunakan larva lalat.
5. Kepentingan roden dan ular dari segi perubatan dan pertanian.
6. Apa vektor denggi. Terangkan teknik survei utk denggi serta indeks denggi. Terangkan cara mengawal vektor denggi.
7. Kutu pediculus humanus dan kawalannya. Morbus errno?
8. Cara kawalan vektor malaria
Lambat pula post ni keluar daripada draft section... Aku dah menulis tentang ni sebaik selesai kertas entomologi..
Semoga perkongsian ku ini boleh membantu para junior mengulangkaji nanti untuk tahun 2. Tapi aku nak ingatkan sekali lagi, jangan expect soalan sama yang akan keluar lagi...
Tatatititutu..
No comments:
Post a Comment