Tuesday, 28 June 2016

A diary

Aku tengah berehat sekarang ni, penat juga menelaah banyak nota farmakologi...

Apa yang aku nak coret dalam coretan ku kali ini? rasa macam nak guna bahasa Iban tapi bahasa Iban aku pun tak la sehebat mana..

Hmmm.... okay la...aku tahu apa yang aku nak kongsikan..

Terima kasih aku ucapkan kepada coursemate aku tu yang aku tak perlu nak mention nama dia dalam ni.. Bagusnya dia berusaha keras ni minta tips daripada para pensyarah farmakologi tentang exam esok..ada bagusnya pensyarah bagi tips kan sebab mengurangkan beban pembelajaran kita namun aku tetap juga akan cuba sebaik mungkin memahami dan menghafal nama ubat-ubatan.

Mungkin lepas ni, aku tidak akan mengemas blog aku buat sesuatu tempoh sebab aku banyak urusan harian yang nak dibuat. Aku pun dah merancang nak buat kerja part time apabila balik ke Miri Sarawak pada 23hb Julai nanti. Mungkin, aku akan balik semula ke KL ni pada 22hb Ogos 2016.







No comments:

Post a Comment

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...