Monday 27 June 2016

Subjek Instrumentasi

Peperiksaan yang bernilai 3 jam kredit dijawab dalam masa 2 jam, 30 soalan emq dan jawab 4 esei daripada 6. Subjek ni agak menarik kerana ia mendedahkan kepada para pelajar sains bioperubatan gambaran makmal perubatan/penyelidikan yang menggunakan pelbagai jenis instrumentasi yang mempunyai prinsip tersendiri dalam melakukan ujian yang bersesuaian. Salah satu instrumen yang kami belajar adalah tentang mikroskop elektron.

Okay...aku tak nak mengulas banyak tentang subjek ni. Jadi sekarang ni aku nak berkongsikan soalan esei yang keluar pada peperiksaan intrumentasi kod NNNB2243.
1. Perbezaan scanning and transmission electron microscope. Nyatakan kelebihan environmental scanning electron microscope.
2. Cari kepekatan ferum dalam milo. (lakar graf berdasarkan maklumat yg dinyatakan.cari kepekatan ferum ppm dlm 250ml milo)
3. Dgn bantuan gmbr rajah, terangkan teknik elisa sandwich. Nyatakan ciri ciri antibodi reagen.
4. Penerangan carbon untuk nuclei magnetic resonance.(ada gmbrajah disertakan)
5. Kelebihan dan kelemahan sistem auotmasi beserta contohnya.
6. Dgn carta alir maklumat  terangkan interkasi antara pelbagai peringkat dlm sistem biologi. (omik.. Aku pun kurang ingat ttg soalan ni)

Markah bahagian emq adalah 60 markah dan esei 40 markah. Aku agak berdebar pula sekarang ni....rabu ni subjek farmakologi 4 jam kredit tauuu, dah la banyak drugs yg kena diingat berserta mechanism of action, clinical indications serta side effects..

Lepas selesai exam ni pula, aku akan berdebar menunggu keputusan final ni yang mungkin akan dikeluarkan pada hujung ogos nanti..

Semoga semua berjalan dgn lancar...

No comments:

Post a Comment

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...