Wednesday, 29 June 2016

Dadah bukan sebarang dadah

Tgh malam tadi aku tidur jam 12.30am dan bangun pula jam 4.00am..gila kot, masa tidur tak sampai 4 jam kot..tapi disebabkan subjek farmakologi am yg 4 jam kredit ni, buatkan debaran aku tu tak hilang hilang sejak isnin yang lalu.

Naluri hatiku semalam yang aku luahkan mmg agak tepat...aku kurang mempercayai dengan tips farmakologi tersebut..soalan final yang dibuat oleh lecturer ni bukannya baru dibuat sebulan dua bulan yang lalu tapi dh berbulan lamanya..dan kalau lecturers bagi tips yang amat ketara untuk final, bagi aku itu bukan peperiksaan namanya, bagi aku la..jangan pula korang yang baca ni rasa sentap pula. Kalau tak sependapat dengan aku, aku terima dan lagipun ni blog aku kan jadi aku boleh suarakan pendapat peribadi aku sendiri asalkan tidak melanggar perlembagaan negara (aisehhh....kononnya la...)

Baiklah...aku nak berkongsi sedikit pendapat aku tentang subjek farmakologi ni sebelum aku berkongsi soalan esei yang keluar pagi tadi. Farmakologi ni adalah satu kajian mengenai ubat-ubatan dan kesannya ke atas badan kita atau sebaliknya, nak dijadikan cerita ringkas, farmakologi ni adalah tentang farmakodinamik dan farmakokinetik. Jadi, pemahaman seorang pelajar dalam subjek ni agak penting. Kenapa??nanti aku terangkan...

Okay..sekarang ni, aku kongsikan soalan soalan esei farmako tadi, manalah tahu ada para junior yang singgah ke dlm blog aku ni nanti untuk rujukan korang..

Soalan OBA one best answer 30 soalan dengan markah 40, soalan esei mesti jawab semua 4 soalan tu dengan markah 60.
Soalan esei:
1. Maklumat label acetaminophen.
-generic and proprietary name
-kegunaan ubatan itu
-kejadian hepatotosiksiti akibat dos tinggi ubatan itu
-dgn nilai pH pada label tu, terangkan kinetik ubatan itu.
-mechanism of action ubatan itu

2. Case study: Anti-angina dengan asthma dengan ubatan organic nitrate.
-terangkan mechanism of action
-bagi 3 adverse effects ubatan itu
-kenapa propanolol tak sesuai utk pesakit itu
-mekanisma calcium channel blocker untuk rawatan angina

3. Ephedrine kemudian theophylline kemudian albuterol
-kenapa ephedrine tidak direkomen oleh FDA lagi?
-kenapa albuterol lebih sesuai daripada ephdrine
-kenapa kombinasi albuterol dan theophylline tidak digalakkan untuk pesakit asma?
-bagi tiga jenis antiasthma yang bersifat anti-inflammatory dan its routes of administration.

4. Seorang pesakit yang berumur 60am mengidap peptic ulcer
-3 faktor risiko dapat peptic ulcer
-the best medication for peptic ulcer
-jelaskan mechanism of action misoprostol
- cadangkan lifestyle untuk pesakit ini.

Soalan soalan esei tu dah cukup menunjukkan yang jika pemahaman asas tentang sympathetic nervous system misalnya tidak kuat, penjelasan untuk mengaitkan tu dengan ubatan yang lain pun kurang jelas jadinya.. Sebab itu, aku kata farmakologi am ni memerlukan pemahaman yang kuat serta memori yang kuat juga untuk menghafal nama ubatan..

Aku tadi macam kurang yakin dengan ejaan antiasthma steroid jenis parenteral tu, rasanya aku tulis beclomethaxone rasanya..

Okayla...peperiksaan sains bioperubatan Tahun 2 batch 2014/2015 telah tamat dengan rasminya. Aku menulis coretan ni pun di bus stop ktsn ketika sedang tunggu bas nak meraikan kemerdekaan bersama girlfriends dengan makan di luar dan tonton wayang sepuas-puasnya!!

Tatatititutu....

No comments:

Post a Comment

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...