Wednesday 6 July 2016

Baba Nyonya dan pengalaman harian etnik

          Part 1 (ditulis seawal pagi): Hari ini hari pertama Aidilfitri 2016. Aku dah bunyikan alarm seawal 6am tapi aku kasi snooze jadi aku bangun pukul 6.10am. Kenapa aku bangun awal ehh? sebabnya girlfriend aku semalam kata, kami akan bertolak awal ke Melaka balik ke kampung halaman ayahnya di Bukit Baru. Itu la sebabnya....tapi kan ketika aku sedang menulis coretan ni, girlfriend aku tu tak bangun pun lagi. Aku ni pula dah siap sarapan dan mandi dah cuma pakaian jer yang aku belum masukkan ke dalam beg lagi..hihi

   Kenapa coretan aku kali ini mengenai Baba Nyonya atau dikenali sebagai peranakan Cina?sebabnya girlfriend aku ni keturunan Baba Nyonya dan seorang kenalan aku juga keturunan etnik ini. Bukannya aku tak pernah belajar sejarah peranakan Cina di sekolah menengah sebelum ini tapi aku dah bertahun lamanya meninggalkan bangku sekolah jadi aku dah lupa sejarah etnik ini..

    Jadi, pagi tadi selesai sarapan, aku pergi la google dan baca serba sedikit mengenai etnik ini untuk memahami asal usul mereka dan adat budaya mereka..memang menarik.. Dalam satu laman web yang memang sumber sah menceritakan sejarah etnik ini,  etnik ini juga sering disebut "Orang Cina Bukan Cina", adakah sebutan ini bermaksud mereka orang Cina tetapi tidak tahu atau kurang tahu berbahasa Cina kerana mereka biasa menggunakan bahasa Melayu untuk bertutur dalam kehidupan harian? Mungkin aku kena buat penyelidikan peribadi aku sendiri berdasarkan pengalaman harian aku.

    Part 2 (ditulis dalam jam 10 pagi): Ketika dalam perjalanan kami berempat di dalam kereta, kami sempat berbincang tentang subjek TITAS dan Hubungan Etnik (HE) dan kepentingan kedua-dua subjek yang diajar di IPT. Hmmm....aku hanya nak mengulas tentang subjek HE la..subjek HE ini memang banyak mengajar aku tentang latar belakang masyarakat majmuk yang membentuk keperibadian negara kita. Sedikit sebanyak, aku boleh mengaplikasikan pengetahuan HE ke dalam pengalaman harian aku sebagai contoh pengalaman aku di Melaka selama 2 hari ini nanti...Aku akan memerhati suasana keluarga Baba Nyonya sepanjang penginapan aku dan akan membuat refleksi peribadi aku di coretan lain.

    Seronok la bila berkawan dengan kawan yang berlainan adat budaya daripada aku...aku memang mencintai kepelbagaian yang wujud dalam interaksi harian bersama orang-orang di sekeliling aku..

    Cukup kot coretan aku buat masa ni..aku akan sambung lagi di masa lain..tatatititutu

No comments:

Post a Comment

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...