Saturday, 13 August 2016

0.02

0.02. Nilainya kecil tapi memberi makna yang cukup besar kepada aku. Fuhhhhh.... Bila difikirkan balik apa yang aku lalui semester 2 lepas dengan usaha yang aku curahkan, pointer semester aku tu memang apa yang patut ku dapat..

Dalam banyak-banyak subjek, subjek aku yang paling teruk semester lepas adalah instrumentasi dengan gred B! Teruk memang teruk performance subjek aku tu..kenapa gred aku tu teruk sangat untuk subjek tu.. Farmakologi aku pula dapat B+.. Subjek yang lain dapat A dan A-. Jadi pointer semester 2 aku adalah 3.65 iaitu turun 0.02 daripada 3.67 tapi cgpa yang masih maintain dengan 3.66.

Terima kasih kepada semua pensyarah yang telah memberi ilmu kepada kami semua dan juga rakan-rakan sekelas aku.

Pada sesi baru september 2016 ini, aku akan melangkah ke Tahun 3 jadi tinggal 2 tahun lagi pengajian aku di UKM kampus KL ni... Cita-cita aku adalah bergraduasi dengan kelas pertama, semoga tuhan memberkati perjalanan diri ini..bukan senang menaruh cita-cita sebegitu kerana ia perlu berjalan seiring dengan usaha.

Amen.

No comments:

Post a Comment

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...