Wednesday 15 June 2016

HARI KEDUA MUSIM PEPERIKSAAN



Penatnya otak memerah banyak ilmu ketika musim peperiksaan ini. Setiap kali selesai jawab kertas peperiksaan, aku memang akan rasa penatnya sangat terutama pada otak. Kenapa aku nak update blog pada hari ini pula? Alaaa.....alang-alang dah rajin menaip dan mengemas blog ni jadi hentam saja la, lagipun bukan selalu pun nak menulis coretan berpanjang lela  (abaikan tatabahasa bahasa okay) pada blog aku yang berhabuk ni.

Sekarang ni, aku menggunakan komputer library fakulti sebab hari ni aku tak bawa laptop (berat kot, jangan nak menyusahkan diri sendiri yer). Aku datang sini sejurus selesai kami sekelas menjawab soalan OSPE histopathology tadi yang mengambil masa 1 jam setengah, setiap soalan memakan masa 7 minit.

Seperti yang telah Dr. Shima (pensyarah ni sporting sangat, harapnya beliau tak baca post ni dan dia comel.....) katakan ketika sesi tutorial kami minggu lepas, amali ospe ni akan menekankan ciri-ciri penyakit dalam slaid, etiology, signs symptoms dan diagnosis penyakit. Fuhhh....aku hanya baca dan buat ulangkaji mengikut apa yang dinyatakan oleh beliau (kalau ikut apa yang aku ingat).. Tapi punyalah menggelabah aku bila coursemate kata pagi tadi yang kami kena tahu ujian diagnostik dan treatment setiap penyakit (dalam hati aku ni, aku terus berkata 'mampuslah aku sebab aku kurang fokus dengan diagnostik dan treatment utk amali hari ni) walaupun teori patologi baru jer habis semalam. Serius la, subjek ni bukan senang, dahla 4 jam kredit pula tu...

Okay! Apa yang aku nak kongsikan tentang amali histopatologi ni adalah keupayaan membaca slaid tisu. Maksud aku ni, bukannya hebat tahap dewa mcm pathologist di hospital yang memang dah pakar membaca slaid. Apa yang aku nak katakan ini adalah, sebagai seorang pelajar bioperubatan yang mempelajari subjek patologi selama 3 semester (3 semester beb!...), perkara paling asas adalah mesti mengenalpasti histologi normal semua tisu atau organ dalam badan. Sebagai contohnya, kenalpasti histologi normal kolon yang ada mucosal layer, submucosal layer, lamina propria etc terlebih dahulu. Bila dah tahu bagaimana histologi normal tu, barulah kita akan belajar bagaimana nak mengenalpasti kolon yang mempunyai perubahan abnormal pada histologinya. Mencabar kan subjek ni tapi sebenarnya subjek ni agak menarik jika menanam minat dan curiousity tu tinggi.


Oleh kerana aku dah penat disebabkan oleh amali tadi, itu pasal aku update blog ni..lepas ni aku nak buat ulangkaji untuk subjek hubungan etnik pula (banyaknya fakta kena dihafal ni). Subjek ni pun jangan pandang ringan sebab subjek ni mempunyai 3 jam kredit! Penat kan ketika musim peperiksaan ni... lepas ni ada 4 subjek lagi kami sekelas kena harungi...huhu


Aku malas nak tekankan diri sangat dengan exam ni, dah la aku ni bukannya muda sangat seperti kebanyakan student kat sini... pelajar yang special macam aku ni memang tak boleh tertekan sangat sebab risau kesihatan cepat terjejas nanti (tak pasal-pasal paras cortisol aku naik beb!). Jadi, petang ni aku akan pergi ke gym (aiseh...konon-konon nak flat abs kan). Harapnya aku tak guna banyak masa di gym pula petang nanti pasalnya ada banyak lagi subjek yang kena diulangkaji ni (tapi gym tu kan macam dah jadi rumah ketiga aku selepas Sarawak dan KTSN)..


Cukup la menaip panjang jela cenggini...penat juga jari menaip doh. hahaha.. aku ni kadang-kadang suka merepek dalam ni sebab boleh buang kebosanan aku serta menghilangkan stress menjadi seorang pelajar gituuuu... tatatititutu





No comments:

Post a Comment

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...