Thursday, 28 April 2016

coretan merapu dari Januari 2016 sehingga bulan sekarang..

Sebenarnya, aku malas sangat nak update blog ni...rasanya jari-jari aku ni malas menekan keyboard laptop ditambah pula nak buat karangan..

Keputusan final semester 1 aku yang lepas okay juga, keputusan dikeluarkan sebelum aku balik semula ke KL pada 18 Februari yang lepas... Aku gembira dengan keputusan yang aku dapat kerana itu setimpal dengan usaha yang aku telah curahkan dari awal semester sehingga akhir semester... <terima kasih kepada semua pensyarah yang penat lelah menurunkan ilmu dan kepakaran mereka kepada saya dan rakan sekelas.> (aku tahu tak  ada pensyarah yang membaca blog ku ini...huhu).. selesai pula luahan perasaan aku mengenai keputusan final sem lepas.. keputusan mid sem kali ini pula baik, aku gembira kerana itu adalah tanda usaha aku. Tapi aku risau juga sebenarnya kerana sem ini aku banyak meluangkan masa bermain di luar sana.. semoga semester ini juga berakhir dengan baik seperti semester sebelumnya... okay, keputusan midsem kali ini aku dapat B+  untuk subjek patologi sistem (4 jam kredit), instrumentasi (3 jam kredit) dan farmakologi am (4 jam kredit).


Aku dah ada sasaran jangka pendek dan panjang yang telah aku tanam di hati dan otakku. Apa sasaran jangka pendek aku?jawapannya adalah...jeng jeng jeng...aku sebenarnya nak graduasi kelas pertama gituh..haha sebenarnya agak sukar nak dapat kelas pertama tu tapi aku percaya jika motivasi aku kekal tinggi momentumnya dengan semangat aku yang ada ni, aku percaya aku boleh lakukannya.. Sasaran jangka pendek aku tu ada kaitan dengan jangka panjang? Jadi sasaran jangka panjang aku adalah dapatkan PhD sebelum umur 40 tahun sebenarnya.. Yang ini pun agak mustahil bunyinya tapi aku percaya aku boleh lakukannnya jika Tuhan bagi keizinan kepada diri aku ini...tiada apa yang MUSTAHIL kan??? yang penting tu, disiplin diri..


okay la...cukuplah coretan kali ini..penat juga menaip panjang cenggini..esok aku ada sesi interview dan markah akan diberi berdasarkan persembahan interview aku..markah ni penting kerana subjek ini adalah 2 jam kredit iaitu workplace communication 1. 

Aku akan mengemaskini blog lagi jika aku ingat tentangnya dan rajin nak menaip..tata


No comments:

Post a Comment

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...