Hari ini hari sabtu bersamaan dengan 30 April 2016. Aku dah merancang yang petang sabtu ni, aku nak luangkan masa ke gym buat weight lifting utk lower body part. Pagi tadi, aku pergi joging di tasik Titiwangsa selama 10 minit dan kemudian aku balik ke bilik sambung buat 'abs workout' selama 40 minit. Lepas workout, aku terus ke kafe kolej bersarapan dan lepas tu barulah aku mandi.. aku tengok jam lepas mandi tadi dan jam baru pukul 9 pagi. Awalkan?? hari ini aku awal bangun dan itu bukan kebiasaan aku pada pagi hujung minggu kerana aku biasa bangun jam 8pagi. Sekarang ni, aku menulis coretan kerana nak hilangkan rasa mengantuk aku ni.. kejap lagi, aku akan siapkan lab report patologi pula... penatnya jadi student sebab banyak benda nak kena urus dengan baik dan selesaikan dalam masa yang ditetapkan agar kehidupan harian tidak terbeban dengan banyak tekanan. Aku memang jenis macam ni, aku tak suka buat kerja 'last minute'.
Okay...jadi aku merancang diet tengahhari hari ini hanyalah protein sahaja, diet fiber aku tak perlu makan di kafe nanti kerana aku ada buahan di bilik. Seperti yang kami telah pelajari dalam kuliah fisiologi, perut mengambil masa 4 jam untuk mengosongkan ruangnya sambil perlahan-lahan menghantar makanan itu ke duodenum.. haaahhh!! ini lah yang seronoknya belajar fisiologi dan anatomi sebabnya kita boleh mengenali badan kita dengan lebih baik! Maka, aku harus makan dalam jam 12 tghhari ni. Petang ni pula, aku harus bergerak dari kolej ke gym tu dalam pukul 4 petang..mungkin aku berjalan kaki dari kolej ke PDN kemudian ambil bas rapidKL ke monorel titiwangsa. Tambang monorel dari titiwangsa ke Quillmall hanyalah rm1.00 sahaja (kadar tambang pelajar beb!) Seronoknya perasaan itu bila aku mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tak guna makan pil kuruskan badan sebab ada kesan sampingannya. Haahhh!! inilah yang seronoknya belajar subjek farmakologi am! kata pensyarah kami tu, hanya diet seimbang dan senaman yang menjanjikan tubuh badan yang ramping dan sihat. cehhh, gitu!!
Cukup kot coretan pagi sabtu ni... tata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi
hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...
-
Kali ini aku nak membuat coretan tentang sejenis buah yang biasa dikenali oleh masyarakat Iban Sarawak sebagai buah engkabang atau dalam seb...
-
hmm...... Lama sudah aku tak update blog.. Kali ini aku nak mengulas sedikit tentang jadual akademik Tahun 3 Semester 1. Bila aku terima j...
-
Bermula esok 29 Disember 2015, pelajar sains bioperubatan Tahun 2 akan memulakan perjuangan akademik mereka dengan kertas pertama subjek Bak...
No comments:
Post a Comment