Wednesday, 29 June 2016

Dadah bukan sebarang dadah

Tgh malam tadi aku tidur jam 12.30am dan bangun pula jam 4.00am..gila kot, masa tidur tak sampai 4 jam kot..tapi disebabkan subjek farmakologi am yg 4 jam kredit ni, buatkan debaran aku tu tak hilang hilang sejak isnin yang lalu.

Naluri hatiku semalam yang aku luahkan mmg agak tepat...aku kurang mempercayai dengan tips farmakologi tersebut..soalan final yang dibuat oleh lecturer ni bukannya baru dibuat sebulan dua bulan yang lalu tapi dh berbulan lamanya..dan kalau lecturers bagi tips yang amat ketara untuk final, bagi aku itu bukan peperiksaan namanya, bagi aku la..jangan pula korang yang baca ni rasa sentap pula. Kalau tak sependapat dengan aku, aku terima dan lagipun ni blog aku kan jadi aku boleh suarakan pendapat peribadi aku sendiri asalkan tidak melanggar perlembagaan negara (aisehhh....kononnya la...)

Baiklah...aku nak berkongsi sedikit pendapat aku tentang subjek farmakologi ni sebelum aku berkongsi soalan esei yang keluar pagi tadi. Farmakologi ni adalah satu kajian mengenai ubat-ubatan dan kesannya ke atas badan kita atau sebaliknya, nak dijadikan cerita ringkas, farmakologi ni adalah tentang farmakodinamik dan farmakokinetik. Jadi, pemahaman seorang pelajar dalam subjek ni agak penting. Kenapa??nanti aku terangkan...

Okay..sekarang ni, aku kongsikan soalan soalan esei farmako tadi, manalah tahu ada para junior yang singgah ke dlm blog aku ni nanti untuk rujukan korang..

Soalan OBA one best answer 30 soalan dengan markah 40, soalan esei mesti jawab semua 4 soalan tu dengan markah 60.
Soalan esei:
1. Maklumat label acetaminophen.
-generic and proprietary name
-kegunaan ubatan itu
-kejadian hepatotosiksiti akibat dos tinggi ubatan itu
-dgn nilai pH pada label tu, terangkan kinetik ubatan itu.
-mechanism of action ubatan itu

2. Case study: Anti-angina dengan asthma dengan ubatan organic nitrate.
-terangkan mechanism of action
-bagi 3 adverse effects ubatan itu
-kenapa propanolol tak sesuai utk pesakit itu
-mekanisma calcium channel blocker untuk rawatan angina

3. Ephedrine kemudian theophylline kemudian albuterol
-kenapa ephedrine tidak direkomen oleh FDA lagi?
-kenapa albuterol lebih sesuai daripada ephdrine
-kenapa kombinasi albuterol dan theophylline tidak digalakkan untuk pesakit asma?
-bagi tiga jenis antiasthma yang bersifat anti-inflammatory dan its routes of administration.

4. Seorang pesakit yang berumur 60am mengidap peptic ulcer
-3 faktor risiko dapat peptic ulcer
-the best medication for peptic ulcer
-jelaskan mechanism of action misoprostol
- cadangkan lifestyle untuk pesakit ini.

Soalan soalan esei tu dah cukup menunjukkan yang jika pemahaman asas tentang sympathetic nervous system misalnya tidak kuat, penjelasan untuk mengaitkan tu dengan ubatan yang lain pun kurang jelas jadinya.. Sebab itu, aku kata farmakologi am ni memerlukan pemahaman yang kuat serta memori yang kuat juga untuk menghafal nama ubatan..

Aku tadi macam kurang yakin dengan ejaan antiasthma steroid jenis parenteral tu, rasanya aku tulis beclomethaxone rasanya..

Okayla...peperiksaan sains bioperubatan Tahun 2 batch 2014/2015 telah tamat dengan rasminya. Aku menulis coretan ni pun di bus stop ktsn ketika sedang tunggu bas nak meraikan kemerdekaan bersama girlfriends dengan makan di luar dan tonton wayang sepuas-puasnya!!

Tatatititutu....

Tuesday, 28 June 2016

A diary

Aku tengah berehat sekarang ni, penat juga menelaah banyak nota farmakologi...

Apa yang aku nak coret dalam coretan ku kali ini? rasa macam nak guna bahasa Iban tapi bahasa Iban aku pun tak la sehebat mana..

Hmmm.... okay la...aku tahu apa yang aku nak kongsikan..

Terima kasih aku ucapkan kepada coursemate aku tu yang aku tak perlu nak mention nama dia dalam ni.. Bagusnya dia berusaha keras ni minta tips daripada para pensyarah farmakologi tentang exam esok..ada bagusnya pensyarah bagi tips kan sebab mengurangkan beban pembelajaran kita namun aku tetap juga akan cuba sebaik mungkin memahami dan menghafal nama ubat-ubatan.

Mungkin lepas ni, aku tidak akan mengemas blog aku buat sesuatu tempoh sebab aku banyak urusan harian yang nak dibuat. Aku pun dah merancang nak buat kerja part time apabila balik ke Miri Sarawak pada 23hb Julai nanti. Mungkin, aku akan balik semula ke KL ni pada 22hb Ogos 2016.







Monday, 27 June 2016

Subjek Instrumentasi

Peperiksaan yang bernilai 3 jam kredit dijawab dalam masa 2 jam, 30 soalan emq dan jawab 4 esei daripada 6. Subjek ni agak menarik kerana ia mendedahkan kepada para pelajar sains bioperubatan gambaran makmal perubatan/penyelidikan yang menggunakan pelbagai jenis instrumentasi yang mempunyai prinsip tersendiri dalam melakukan ujian yang bersesuaian. Salah satu instrumen yang kami belajar adalah tentang mikroskop elektron.

Okay...aku tak nak mengulas banyak tentang subjek ni. Jadi sekarang ni aku nak berkongsikan soalan esei yang keluar pada peperiksaan intrumentasi kod NNNB2243.
1. Perbezaan scanning and transmission electron microscope. Nyatakan kelebihan environmental scanning electron microscope.
2. Cari kepekatan ferum dalam milo. (lakar graf berdasarkan maklumat yg dinyatakan.cari kepekatan ferum ppm dlm 250ml milo)
3. Dgn bantuan gmbr rajah, terangkan teknik elisa sandwich. Nyatakan ciri ciri antibodi reagen.
4. Penerangan carbon untuk nuclei magnetic resonance.(ada gmbrajah disertakan)
5. Kelebihan dan kelemahan sistem auotmasi beserta contohnya.
6. Dgn carta alir maklumat  terangkan interkasi antara pelbagai peringkat dlm sistem biologi. (omik.. Aku pun kurang ingat ttg soalan ni)

Markah bahagian emq adalah 60 markah dan esei 40 markah. Aku agak berdebar pula sekarang ni....rabu ni subjek farmakologi 4 jam kredit tauuu, dah la banyak drugs yg kena diingat berserta mechanism of action, clinical indications serta side effects..

Lepas selesai exam ni pula, aku akan berdebar menunggu keputusan final ni yang mungkin akan dikeluarkan pada hujung ogos nanti..

Semoga semua berjalan dgn lancar...

Thursday, 23 June 2016

Final paper Entomologi perubatan

Berdebar pula aku tadi sebelum melangkah masuk ke dalam dewan tun syed nasir. Kenapa pula aku berdebar? Samalah situasi pagi tadi macam kertas patologi lepas iaitu menulis esei selama 2 jam setengah. Seperti biasa dengan memori yang masih segar ni, aku nak kongsikan soalan esei entomologi tadi.Kalau ada junior yang rujuk blog aku ni nanti, mohon jangan berharap sangat soalan esei yang sama akan keluar zaman anda nanti.

Berikut adalah soalan esei entomologi NNB2423 (3 jam kredit tauu)
1. IPM, strategi dan kawalan dlm IPM
2. Filum arthropoda, kelas, ciri kelas dan cth organisma. Kenapa serangga dikatakan makhluk paling berjaya di dunia?
3. Apa itu anthroporfisme dan teleologi? Bagaimana serangga memperolehi tingkahlaku? Terangkan seleksi alamiah
4. Apa itu post mortem interval?terangkan pmi menggunakan larva lalat.
5. Kepentingan roden dan ular dari segi perubatan dan pertanian.
6. Apa vektor denggi. Terangkan teknik survei utk denggi serta indeks denggi. Terangkan cara mengawal vektor denggi.
7. Kutu pediculus humanus dan kawalannya. Morbus errno?
8. Cara kawalan vektor malaria

Lambat pula post ni keluar daripada draft section... Aku dah menulis tentang ni sebaik selesai kertas entomologi..

Semoga perkongsian ku ini boleh membantu para junior mengulangkaji nanti untuk tahun 2. Tapi aku nak ingatkan sekali lagi, jangan expect soalan sama yang akan keluar lagi...

Tatatititutu..

Friday, 17 June 2016

Kursus Elektif SAINS BIOPERUBATAN BATCH 2014/2015 UKM

Aku kena buat coretan pasal kursus elektif sains bioperubatan untuk sesi kami ini. Di bawah adalah senarai kursus elektif yang kami kena pilih dan kena merangkumi 5 kursus yang membawa jumlah jam kredit 10 unit sebelum graduasi tahun 2018 (aisehhh...cepat masa berlalu kan).

Kursus-kursus Elektif ** Harus mengambil 10 unit kursus elektif
NNNB3132                Teknik Parasitologi dan Entomologi Perubatan
NNNB3152                Penyakit Kegagalan Endokrin
NNNB3172                Flebotomi
NNNB3342                Penyakit-penyakit Genetik
NNNB3362                Mikrobiologi Persekitaran dan Kesihatan
NNNB4142                Teknik Mikrobiologi Perubatan
NNNB4332                Patologi Kimia
NNNB4352                Biokimia Gunaan
NNNR2122                Resusitasi Kardiopulmonari
NNNE3132                 Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

NNNX3302                Forensik Persekitaran


Jadinya, aku dah membuat pilihan kursus elektif yang aku berminat nak ambil iaitu penyakit kegagalan endokrin, mikrobiologi persekitaran dan kesihatan, teknik mikrobiologi perubatan, patologi kimia, akhir sekali sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Tapi ada satu kursus elektif yang aku pilih tu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ni sebenarnya kursus di bawah program EVH atau KPKI. Agak mencabar pilihan aku ni sebab aku kena urus masa dengan baik nanti (jika aku ada rezeki berdaftar dengan kursus ni) dan aku kena tanya pihak BAKA di fakulti bagaimana student biomed mcm aku ni nak daftar kursus EVH tu. 

Banyak betul perkara yang aku nak buat dan semua ni aku kena rancang dengan baik. Tuhan juga yang menentukan kan.... semoga tuhan memberkati perancangan aku ini.

Jari pun dah penat ni menaip. Lepas ni, aku nak sambung ulangkaji balik amali Ento sebab Isnin ni kami ada OSPE ento bersama program EVH. Semoga kami semua berjaya menjawab dengan baik.

Tata....







Jadual peperiksaan akhir Tahun 2 Semester 2

Sepatutnya aku pos kan jadual ni ke dlm blog sebelum peperiksaan bermula tapi tak terlambat lagi la... Ada bagusnya ada blog kan, blog ni macam dah jadi diari hidup aku yang mencatatkan perkara perkara penting dan kurang penting dalam hidup.


Kali ini jumlah subjek yang dihadapi dalam peperiksaan adalah 5 subjek. Jumlah jam kredit semua subjek termasuk citra kemahiran insaniah adalah 21 jam kredit semester ini. Aku rasa la, subjek yang paling mencabar (jangan biasakan diri dgn perkataan susah) semester ini adalah farmakologi am.


Aduiii....farmakologi. Kenapa aku kata ia mencabar? Cuba bayangkan topik dari awal semester sehingga hujung semester semua keluar dlm final exam ni. Aku pula jenis yang tak main spot question, aku kena khatam semua bab farmako agar aku tak menggelabah nanti dlm exam farmako tu (kononnya la...hihi). Fuhhh...dgn berpuluh jenis drug, mechanism of action drug kena faham tau dgn clinical indications nya, side effects drugs lagi. Kata pensyarah farmako yg kami sangat minat tu, beliau kata kalau nak study farmako ni, kita kena buat jadual... Mmg benarlah katanya, aku ada juga buat jadual dan boleh tengok gambaran keseluruhannya tapi tak semua topik yg aku buat cam tu..


Malas dah nak menaip panjang ni... Di bawah ni jadual peperiksaan sains bioperubatan Tahun 2 Semester 2.

Wednesday, 15 June 2016

HARI KEDUA MUSIM PEPERIKSAAN



Penatnya otak memerah banyak ilmu ketika musim peperiksaan ini. Setiap kali selesai jawab kertas peperiksaan, aku memang akan rasa penatnya sangat terutama pada otak. Kenapa aku nak update blog pada hari ini pula? Alaaa.....alang-alang dah rajin menaip dan mengemas blog ni jadi hentam saja la, lagipun bukan selalu pun nak menulis coretan berpanjang lela  (abaikan tatabahasa bahasa okay) pada blog aku yang berhabuk ni.

Sekarang ni, aku menggunakan komputer library fakulti sebab hari ni aku tak bawa laptop (berat kot, jangan nak menyusahkan diri sendiri yer). Aku datang sini sejurus selesai kami sekelas menjawab soalan OSPE histopathology tadi yang mengambil masa 1 jam setengah, setiap soalan memakan masa 7 minit.

Seperti yang telah Dr. Shima (pensyarah ni sporting sangat, harapnya beliau tak baca post ni dan dia comel.....) katakan ketika sesi tutorial kami minggu lepas, amali ospe ni akan menekankan ciri-ciri penyakit dalam slaid, etiology, signs symptoms dan diagnosis penyakit. Fuhhh....aku hanya baca dan buat ulangkaji mengikut apa yang dinyatakan oleh beliau (kalau ikut apa yang aku ingat).. Tapi punyalah menggelabah aku bila coursemate kata pagi tadi yang kami kena tahu ujian diagnostik dan treatment setiap penyakit (dalam hati aku ni, aku terus berkata 'mampuslah aku sebab aku kurang fokus dengan diagnostik dan treatment utk amali hari ni) walaupun teori patologi baru jer habis semalam. Serius la, subjek ni bukan senang, dahla 4 jam kredit pula tu...

Okay! Apa yang aku nak kongsikan tentang amali histopatologi ni adalah keupayaan membaca slaid tisu. Maksud aku ni, bukannya hebat tahap dewa mcm pathologist di hospital yang memang dah pakar membaca slaid. Apa yang aku nak katakan ini adalah, sebagai seorang pelajar bioperubatan yang mempelajari subjek patologi selama 3 semester (3 semester beb!...), perkara paling asas adalah mesti mengenalpasti histologi normal semua tisu atau organ dalam badan. Sebagai contohnya, kenalpasti histologi normal kolon yang ada mucosal layer, submucosal layer, lamina propria etc terlebih dahulu. Bila dah tahu bagaimana histologi normal tu, barulah kita akan belajar bagaimana nak mengenalpasti kolon yang mempunyai perubahan abnormal pada histologinya. Mencabar kan subjek ni tapi sebenarnya subjek ni agak menarik jika menanam minat dan curiousity tu tinggi.


Oleh kerana aku dah penat disebabkan oleh amali tadi, itu pasal aku update blog ni..lepas ni aku nak buat ulangkaji untuk subjek hubungan etnik pula (banyaknya fakta kena dihafal ni). Subjek ni pun jangan pandang ringan sebab subjek ni mempunyai 3 jam kredit! Penat kan ketika musim peperiksaan ni... lepas ni ada 4 subjek lagi kami sekelas kena harungi...huhu


Aku malas nak tekankan diri sangat dengan exam ni, dah la aku ni bukannya muda sangat seperti kebanyakan student kat sini... pelajar yang special macam aku ni memang tak boleh tertekan sangat sebab risau kesihatan cepat terjejas nanti (tak pasal-pasal paras cortisol aku naik beb!). Jadi, petang ni aku akan pergi ke gym (aiseh...konon-konon nak flat abs kan). Harapnya aku tak guna banyak masa di gym pula petang nanti pasalnya ada banyak lagi subjek yang kena diulangkaji ni (tapi gym tu kan macam dah jadi rumah ketiga aku selepas Sarawak dan KTSN)..


Cukup la menaip panjang jela cenggini...penat juga jari menaip doh. hahaha.. aku ni kadang-kadang suka merepek dalam ni sebab boleh buang kebosanan aku serta menghilangkan stress menjadi seorang pelajar gituuuu... tatatititutu





Tuesday, 14 June 2016

coretan pada 14hb Jun 2016

hmm.... lama juga dah aku tak mengemas blog aku ni. Aku mulakan dengan kejadian pagi  tadi. Hari ni, kami sekelas ada peperiksaan subjek patologi sistem  yang memakan masa 2 jam setengah dan kena jawab 8 soalan esei. Fuhhh....berasap juga tangan menulis esei pagi tadi. Jadi, selagi memori soalan pagi tadi masih segar di ingatan, aku nak kongsikan soalan patologi sistem yang keluar pagi tadi.

Part A:
1) hypercholesterolemia case study:
- 3 diagnosis criteria for myocardial infarction
- how hypercholesterolemia leads to myocardial infarction.

2) case study multiple sclerosis:
- pathogenesis of MS
- the role of vitamin D in MS

3) case study Benign prostate hyperplasia:
- the most likely diagnosis and its justification of BPH
- the pathogenesis of BPH

4)  case study Cushing syndrome:
- the justification for  such diagnosis
- the pathogenesis of those pathological condition

5) asthmatic case study:
- the most likely diagnosis and its justification based on clinical findings
- the mechanism of bronchodilator

6) how air pollutant cause respiratory disorders (tak berapa ingat sangat soalan ni)

Part B:
1. a) describe the malformation in fetus
b) pathogenesis of Alzheimer disease in elderly

2. a) hydrocephalus and its pathogenesis
b) the use of V-P shunt placement for hydrocephalus patient

3. a) the pathogenesis of diabetes insipidus
b) how is the plasma osmolality and serum sodium level in DI patient

4. a) the pathogenesis of pneumonia and how it leads to cyanosis.
b) the pathogenesis of bronchiecstasis

5. a) the ventricle septal defect and how it leads to Eisenmenger syndrome
b) the pathogenesis of rheumatic heart disease


haaah!! soalan patologi sistem yang mampu ku ingat. Ada tambahan info pula ni, subjek patologi sistem ni adalah subjek yang belajar ttg patogenesis suatu penyakit dan kita juga perlu tahu etiologi, signs and symptoms penyakit. (bercampur aduk dah bahasa malaysia, inggeris ni).

Memang bukan senang subjek ni. Baca nota pensyarah memang tak cukup, jadi kena baca buku teks juga. Text book aku  untuk patologi dari Tahun 2 sem lepas sehingga tahun 3 nanti, aku memang guna Robbins Basic Pathology. Memang buku ni ada kekurangannya dan kalau rajin, bacalah buku patologi yang lain.

Esok pula kami ada peperiksaan OSPE praktikal untuk histopatologi yang merangkumi semua kandungan histopathologi manual dan ada 10 soalan yang berharga 10 markah satu soalan. berdebar juga ni...aku lagi hairan dengan diri sendiri sebab masih boleh update blog di kala kritikal begini tapi sebenarnya aku  tak berapa suka nak tekankan diri dengan stress melampau-lampau ketika musim peperiksaan.

Habis OSPE esok, ada 4 subjek lagi menunggu. Semoga aku mampu menjawab semua subjek dengan baik.

Lain hari, aku update lagi ya. Banyak sebenarnya cerita yang aku nak kongsikan dalam blog aku ni.




Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...