Monday 9 January 2017

Dear Toxicology subject

Toxicology subject adalah subjek yang mempunyai 3 jam credit hours. Topik yang keluar final bermula dari awal semester dan sebanyak 21 topik dengan lebih 60 toxicants yang harus diingati namanya serta metabolism of action. Banyak giler kan?! Tapi subjek ni menyeronokkan..hehe

Okay la...semester final kali ni, paper toksiko ni berlangsung pada khamis lepas iaitu 5hb Jan pada jam 8.30am dan  hanya dua jam sahaja. Soalan kena jawab 5 daripada 8 soalan dengan markah 100.

Kali  ni memang lambat juga aku berkongsikan soalan exam ke dalam blog, biasanya benda ni aku buat pada hari  yang sama kerana ingatan yang masih segar lagi. Hmmm....

Soalan esei toksikologi adalah jenis berstruktur tapi details soalan aku tak ingat sangat sebab semua soalannya adalah case study:
1. Tentang dose response curve dan bagaimana air dikatakan akan menjadi toksik kepada manusia?
2. Dengan diagram, gambarkan pencemaran pesticide yang melibatkan atmosphere, udara dan air.
3. Dengan ujian toxicity yang sesuai, jelaskan ujian tersebut untuk menguji nitrosoamine dalam belacan
4. Tentang susu yang menjadi kes di China iaitu melamine, apa kesan kepada infants?Kenapa infants mudah dapat nephrotoxicity?
5. Tentang kes  keracunan makanan di Batu Gajah, Melaka iaitu organophosphate, nyatakan MOA organophosphate dan antidote yang sesuai.
6. Tentang botulism dan antidote kepada botulism poisoning
7. Pulmonary toxicity yang melibatkan silica, phase toxicity dan MOA?
8. Lupa pula soalan satu lagi tentang apa.

Semua soalan esei toksiko ni bukannya satu soalan satu topik sebenarnya. Pensyarah toksikologi menggabungkan lebih kurang dua topik ke dalam satu soalan sebabnya apa??Sebab semua topik tu berkaitan antara satu sama lain.

Rasanya cukup la perkongsian ku untuk final paper toksikologi. Sekarang ni, aku nak fokus untuk OSPE hemato yang akan dibuat esok 10hb Jan, OSPE parasitologi di bawah subjek kepaniteraan makmal diagnostik pada 11hb Jan dan paper endocrine subjek elektif 2 jam kredit pada pagi 13hb Jan.

Penat kan jadi pelajar tapi seronok la..haha...tinggal setahun setengah lagi pengajian aku di UKM!

No comments:

Post a Comment

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...