Wednesday, 28 December 2016

Biostatistic 4 credit hours

oh maiiii.....


2  jam setengah  exam tadi, 10 soalan objektif, 4 soalan esei struktur, 10 soalan EMQ, tak cukup oi 2 jam setengah tuu....okay, bahagian objektif dan EMQ aku hanya ambil masa setengah jam untuk jawab jadi 2 jam lagi untuk bahagian esei. Setiap soalan esei ada 20 markah jadi 4 soalan berjumlah 80 markah. Bahagian objektif adalah 20 markah, dan EMQ adalah 30 markah..


hmm....sekarang ni aku berdebar menunggu gred biostat aku pulak walaupun final belum habis sepenuhnya.


Kepada para junior bioperubatan kak, jika terbaca post ni, kak hanya mampu memberi nasihat, kuasai subjek ini, jika anda tak faham biostat ni, macam mana korang nak buat final year project nanti. Okay..kak tak nak buang masa lagi, kak nak kongsikan sikit soalan esei struktur tadi tapi kak tak dapat bagi butir soalan sepenuhnya (mana aku ada masa nak menghafal soalan biostat sedangkan aku masih terkial-kial menjawab soalan)


soalan esei struktur:
1. case: 30 buah rumah di kampung baru dengan sewa rumah bulanan, ada tiga puluh data sewa  rumah yang dipaparkan tanpa susunan okay.  (anda kena susun atur data tu sendiri)
i.  buat frequency distribution table
ii. buat histogram
iii. buat stem and leaf display
iv. buat boxplot
v. kira normality testing dengan calculation sekali, mmg ada satu jadual descriptive table SPSS disediakan dalam soalan.(untuk ini, kak pilih skewness dan kurtosis, rujuk balik nota biostat korang yang ciri-ciri normal untuk semua descriptive method for normality testing)


2. case: academic performance yang CGPA 3.0 and above; CGPA less than 3.0 with number of students 380. ada dua jenis entry of level dalam jadual iaitu matriculation and STPM/diploma. (sebenarnya ni adalah Chi-square, kak tahu tapi kak tak dapat kira expected value)
i. nyatakan null hypothesis
ii. kira expected value
iii. kira value test statistic
iv. (lupa soalan)


3. case: 16 orang tetamu di mana 8 orang tetamu bagi level of satisfaction of brand X dan 8 orang lagi bagi level of satisfaction of brand Y for mosquito repellent. Dalam jadual disediakan, level of satisfaction adalah dari skala 1-10.  (samada independent T-test atau Mann-whitney)
i. nyatakan null hypothesis dan alternative hypothesis
ii. nyatakan jenis data yang digunakan
iii. nyatakan test statistik yang digunakan dan dua sebab kenapa
iv. dengan 5% significant level, adakah level  of satisfaction of brand X and Y berbeza?
v. nyatakan conclusion dengan APA  style



4. case: dengan bilangan frequency eat fast food per month, predict the cholesterol level. SPSS regression table disediakan dalam soalan (jadi, SPSS output table regression pun korang mesti tahu rupa table tu)
i. lukis rejection area dengan nilai tcritical dan alpha diberi (kak lupa kedua dua nilai tu)
ii. buat equation berdasarkan jadual SPSS tersebut. Apa itu constant dan slope...fahamkan persamaan regression daripada SPSS output okay
iii. berapa total cholesterol untuk dua orang  individu berdasarkan frequency yang diberikan?(kak lupa juga nilai ni)
iv. apa nilai R square dalam table SPSS tu dan maksudnya?jadi, fahamkan okay.


cukuplah untuk hari ni...penat juga menjawab biostat tadi, aku cuma tak dapat jawab soalan 2 jer. chi square tu adalah non parametric test jadi aku tak sangka ni akan keluar dalam esei sebab lecturer maklumkan yang esei hanya keluar parametric test sahaja. Memang aku silap...huhu...


Apa gred biostat aku? bila aku dah dapat nanti, aku akan share dalam blog ya..oh ya, markah untuk final biostat adalah 40% dan  60% datang daripada continuous assessment kami! ;)


tatatititutu

Tuesday, 27 December 2016

oh my Immune system!

Well....hari pertama musim peperiksaan pelajar tahun 3 Sains Bioperubatan. Kod kursus NNNB 3054 (4 jam kredit). Hari ini adalah teori untuk Immunologi dan khamis nanti jam 3 petang adalah OSPE immunologi.

Seperti biasa, setiap kali selepas peperiksaan, aku akan mengemaskini blog aku ni...fuhh...baru ku  perasan, rupanya berbulan dah tak mengemaskini blog...hari ni peperiksaan 2 jam teori bermula pada jam 3.30 petang dan selesai pada jam 5 petang. Sampai jer di bilik, aku mendapat teks daripada junior tahun 2 yang nak kan aku ni buat koleksi soalan final. Tapi kan, aku tak pasti adakah benda yang aku buat ni betul atau tau, rasanya macam tak menyalah undang undang peperiksaan UKM (ehh..ada ker pekeliling exam tentang ni?)

Tanpa membuang masa dan sementara aku masih ingat butir butir soalan esei tadi, lebih baik aku mulakan sekarang. Esei immuno tadi adalah 2 jam, pilih 4 soalan daripada 6 soalan. Semua markah adalah 80 markah.

Soalan-soalan:
1. case  study di mana David ni mengalami facial defect, congenital heart diease, hypocalcemia, prone to infections (lupa dah symptoms yang lain). Agak-agaknya ni kes apa?Kalau aku tak silap, DiGeorge Syndrome.
i. apa chromosomal mutation
ii. apa treatment yang sesuai dan bagaimana keadaan David selepas treatment?
iii. sesuai tak bagi live attenuated vaccine kepada David?
iv. sesuai tak bagi live attenuated vaccine kepada AIDS patient?


2. Hypersensitivity type III
i. how immune complex cause inflammatory response to tissues?
ii. Two typical reactions of HS type III?
iii. explain mechanism of one typical reaction in (ii)?
iv. compare and contrast effector stage of HS type II and HS type III?


3. Transplantation immunology
i. explain the immunopathology of graft rejection
ii. explain about reaction happen to recipient who receive kidney transplant even after HLA typing?
iii. explain the GVHD


4. tumour immunology and immunotherapy
i. expplain the concept of tumour immunosurveillance
ii. explain the meaning of tumour associated antigen and tumour spesific antigen with two examples each antigen
iii. explain 3 mechanism of tumour evade the immune system
iv. state two approaches using antibody for immunotherapy


5. Mucosal immunity
i. state 4 gross anatomical barriers for gut mucosa
ii. with the illustrations, label 3 sites at gastrointestinal tract that contain lymphocyte
iii. give 2 mechanisms how mucosal dendritic cells capture pathogen/antigen
iv. why mucosal-induced tolerance needed? give mechanism how mucosal immune tolerance against food antigen


6. based on table of immunization in Sarawak (tak berapa ingat soalan ni sebab aku tak buat...hehe)



rasanya itu saja untuk hari ni..Esok aku update untuk biostatistik pula ;)




Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...