Saturday, 30 April 2016

It's Workout Day!!

Hari ini hari sabtu bersamaan dengan 30 April 2016. Aku dah merancang yang petang sabtu ni, aku nak luangkan masa ke gym buat weight lifting utk lower body part. Pagi tadi, aku pergi joging di tasik Titiwangsa selama 10 minit dan kemudian aku balik ke bilik sambung buat 'abs workout' selama 40 minit. Lepas workout, aku terus ke kafe kolej bersarapan dan lepas tu barulah aku mandi.. aku tengok jam lepas mandi tadi dan jam baru pukul 9 pagi. Awalkan?? hari ini aku awal bangun  dan itu bukan kebiasaan aku pada pagi hujung minggu kerana aku biasa bangun jam 8pagi. Sekarang ni, aku menulis coretan kerana nak hilangkan rasa mengantuk aku ni.. kejap lagi, aku akan siapkan lab report patologi pula... penatnya jadi student sebab banyak benda nak kena urus dengan baik dan selesaikan dalam masa yang ditetapkan agar kehidupan harian tidak terbeban dengan banyak tekanan. Aku memang jenis macam ni, aku tak suka buat kerja 'last minute'.


Okay...jadi aku merancang diet tengahhari hari ini hanyalah protein sahaja, diet fiber aku tak perlu makan di kafe nanti kerana aku ada buahan di bilik. Seperti yang kami telah pelajari dalam kuliah fisiologi, perut mengambil masa 4 jam untuk mengosongkan ruangnya  sambil perlahan-lahan menghantar makanan itu ke duodenum.. haaahhh!! ini lah yang seronoknya belajar fisiologi dan anatomi sebabnya kita boleh mengenali badan kita dengan lebih baik! Maka, aku harus makan dalam jam 12 tghhari ni. Petang ni pula, aku harus bergerak dari kolej ke gym tu dalam pukul 4 petang..mungkin aku berjalan kaki dari kolej ke PDN kemudian ambil bas rapidKL ke monorel titiwangsa. Tambang monorel dari titiwangsa ke Quillmall hanyalah rm1.00 sahaja (kadar tambang pelajar beb!) Seronoknya perasaan itu bila aku mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tak guna makan pil kuruskan badan sebab ada kesan sampingannya. Haahhh!! inilah yang seronoknya belajar subjek farmakologi am! kata pensyarah kami tu, hanya diet seimbang dan senaman yang menjanjikan tubuh badan yang ramping dan sihat. cehhh, gitu!!

Cukup kot coretan pagi sabtu ni... tata




Thursday, 28 April 2016

coretan merapu dari Januari 2016 sehingga bulan sekarang..

Sebenarnya, aku malas sangat nak update blog ni...rasanya jari-jari aku ni malas menekan keyboard laptop ditambah pula nak buat karangan..

Keputusan final semester 1 aku yang lepas okay juga, keputusan dikeluarkan sebelum aku balik semula ke KL pada 18 Februari yang lepas... Aku gembira dengan keputusan yang aku dapat kerana itu setimpal dengan usaha yang aku telah curahkan dari awal semester sehingga akhir semester... <terima kasih kepada semua pensyarah yang penat lelah menurunkan ilmu dan kepakaran mereka kepada saya dan rakan sekelas.> (aku tahu tak  ada pensyarah yang membaca blog ku ini...huhu).. selesai pula luahan perasaan aku mengenai keputusan final sem lepas.. keputusan mid sem kali ini pula baik, aku gembira kerana itu adalah tanda usaha aku. Tapi aku risau juga sebenarnya kerana sem ini aku banyak meluangkan masa bermain di luar sana.. semoga semester ini juga berakhir dengan baik seperti semester sebelumnya... okay, keputusan midsem kali ini aku dapat B+  untuk subjek patologi sistem (4 jam kredit), instrumentasi (3 jam kredit) dan farmakologi am (4 jam kredit).


Aku dah ada sasaran jangka pendek dan panjang yang telah aku tanam di hati dan otakku. Apa sasaran jangka pendek aku?jawapannya adalah...jeng jeng jeng...aku sebenarnya nak graduasi kelas pertama gituh..haha sebenarnya agak sukar nak dapat kelas pertama tu tapi aku percaya jika motivasi aku kekal tinggi momentumnya dengan semangat aku yang ada ni, aku percaya aku boleh lakukannya.. Sasaran jangka pendek aku tu ada kaitan dengan jangka panjang? Jadi sasaran jangka panjang aku adalah dapatkan PhD sebelum umur 40 tahun sebenarnya.. Yang ini pun agak mustahil bunyinya tapi aku percaya aku boleh lakukannnya jika Tuhan bagi keizinan kepada diri aku ini...tiada apa yang MUSTAHIL kan??? yang penting tu, disiplin diri..


okay la...cukuplah coretan kali ini..penat juga menaip panjang cenggini..esok aku ada sesi interview dan markah akan diberi berdasarkan persembahan interview aku..markah ni penting kerana subjek ini adalah 2 jam kredit iaitu workplace communication 1. 

Aku akan mengemaskini blog lagi jika aku ingat tentangnya dan rajin nak menaip..tata


Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...