Thursday, 8 June 2017

Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata...

kertas final kami kali ini meliputi 40% dan 60% lagi tu assessment. Kertas final ni ada dua bahagian iaitu Part A case study (40%) dan Part B esei (60%). Coretan kali ni, aku tak larat nak kongsi soalan tadi sebab penat sangat....


Sejak semalam sampai hari ni, aku masih terfikirkan tentang fyp aku ni. Tapi aku lum dapat nak share tentang fyp aku ni dulu sehingga aku dapat kebenaran daripada sv. Kerana fyp ni, aku agak terganggu dan payah nak fokus untuk exam hari ni. Ini la berita buruknya..alahai..masa exam tadi, aku rasa macam nak menjerit jer sebab hati ni yang gundah gulana ketika menjawab soalan. Tulisan pula alahaiii, semoga lecturers faham apa yang kami nak sampaikan...


Midsem pathophysio hari tu, aku dapat A- akan tetapi aku rasa lain semacam dengan paper ni..tunggu jer la result keluar hujung august nanti. Lepas ni, ada exam sabtu ni which is Pengurusan Makmal Sains Bioperubatan yang mempunyai 2 jam kredit tetapi markah finalnya 45% beb! Parai kitaiiiii....


Ni saja la coretan ku kali ni...Lain kali aku sambung lagi dan aku harap aku akan rajin update blog ku banyak pasal fyp nanti,,kiranya jadikan blog ni sebagai buku log aku juga hihihi...

Tataaaaa.....

Monday, 5 June 2017

Statistical analysis, a core knowledge for all researchers

hmmmm....kalau bukan musim exam, payah aku nak update blog ni..

Hari ni ada paper research method jam 8.30 pagi selama 2 jam. Kali ini markah final 30% keseluruhannya, 70% lagi tu continuous assessment.

Aku tak berapa ingat la soalan esei tadi tapi ada 2 soalan yang berdasarkan kajian kes, dengan ada spss output ANOVA juga (sebab tu kena baca buku SPSS statistics version 22 sebelum exam walaupun lecturer mungkin tak mention di dalam kelas)...

Bahagian A:Soalan esei ada 5, tapi kami kena pilih 3 daripada 5 soalan:
1. contoh kajian
- berikan tajuk kajian, objektif kajian, ujian statistik yang sesuai, pengiraan sample size,

2. Berikan 5 komponen (tenikal dan statistik) untuk membina questionnaire

3. Contoh kajian kes ANOVA, dengan SPSS output (sebab tu kena faham apa itu main effect and interaction effect, bagaimana nak baca pada table SPSS output tu)
- apa independent and dependent variables, apa ujian statistik yang sesuai, conclusion mengikut APA style untuk kajian kes ini

4. Apa itu research misconduct? dan banyak lagi soalan pecahan related to research misconduct

5. Ini soalan tentang outliers, apa cara nak settle kes yang ada outliers, apa akibat pada data statistik jika ada outlier.

Bahagian B: extended matching questions, ada 5 soalan. Kena bagi ujian statistik yang sesuai mengikut kajian kes.


______________________________________________________________________________


Pemahaman asas tentang statistik kena ada jika belum dapat menguasai secara mendalam. Aku buat coretan ni pun sebagai panduan aku sebab tak lama lagi aku akan buat final year project.

Banyak elemen kena faham, contoh paling mudah, jika taburan data kajian anda tak normal, sepatutnya central tendency yang digunakan bukan mean dan standard deviation tapi adalah median dan interquartile range. Kesilapan ini banyak dibuat oleh para penyelidik seperti yang dinyatakan pada artikel yang saya sertakan link di bawah ini.

http://www.ease.org.uk/wp-content/uploads/essay_habibzadeh_final.pdf

Credit to the authors.

Researcher pun kena tahu sample size yang sesuai untuk projek dia, apa effect size agar power statistical dia tak terjejas (biasanya power yang dipilih adalah 80%). Ada banyak lagi faktor kena diambil kira agar power statistik tu kekal. Nak cerita banyak lagi pun tak larat ni...Apa jenis data yang researcher tu nak, nak buat questionnaire pun bukan senang sebab kena ada reliability, validity dan banyak lagi ujian statistik kena dilakukan ke atas questionnaire tu sebelum diedar kepada subjek kajian. Kena faham apa itu conceptual framework (ini dikira planner paling penting dalam research, aku sendiri masih terkapai-kapai tentang framework ni). Lagi, researcher kena tahu apa bentuk kajian dia nak buat, samada case-control study, cohort study, cross-sectional study, experimental study (ni melibatkan human ethics ,animal ethics sebab ada intervention). Banyak sangat komponen kena diambil kira sebelum researcher tu decide nak buat kajian apa. Sebab tu PROPOSAL sangat penting.


Aku tak nak taip lagi sebab penat...lepas ni aku nak revise subjek pengurusan makmal (2 jam kredit) dan pathophysiology (3 jam kredit). Fuh...5 papers dalam masa 2 minggu. Semoga aku dapat harungi sem ni dengan baik. Mana taknya midsem aku teruk tau lebih lebih lagi subjek pengurusan makmal, markah midsem ke LAUT.


Semester 2 Tahun 3 ni sibuk sangat la, terkapai kapai kami sekelas, dengan ada dinner program Biomedic UKM lagi sebab kami sekelas yang anjurkan. Ditambah ada presentation, tugasan SLP hampir setiap dua minggu ada, attachment di PPUKM selama sebulan. Adehhh...memang rasa tak cukup oksigen semester nni...TAPI aku tetap seronok...pasti aku akan merindui saat kesibukkan Tahun 3 ni masa final year nanti...


Rasanya ni saja kot...Aku akan sambung lagi di lain hari..tataaaa






Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi

hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...