Monday, 22 August 2016
Minggu Mesra Mahasiswa 2016/2017
Aku memegang portfolio pendaftaran bersama 3 orang ajk yang aku amat kasihi...penat memang penat merancang agar semua berjalan dengan teratur dan lancar. Sejujurnya, bukan mudah memegang amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada diri ini lebih-lebih lagi diri ini dipilih oleh mereka yang berkenaan. Terima kasih kerana memilih aku...
Masa perkampungan pc di kolej kediaman, banyak betul aktiviti kami..bukan saja sarat dengan mesyuarat, tetapi ada gotong-royong, simulasi dan latihan kebudayaan...penat tapi hati gembira sebab semua ni untuk junior yang bakal datang pada 28 Ogos...
Kali ini , sesi baru agak berlainan sebab aku akan ada 2 orang geng yang akan menjadi junior yang sama program dengan aku..Tahniah Sim dan Mazlan...tak sabar aku ni nak jumpa kalian berdua...
Cukupla coretan ku kali ini...Mata aku pun dah mengantuk gila ni...Selamat malam...
Wednesday, 17 August 2016
Sejauh manakah kesan terapeutik Buah Engkabang (The flying helicopter fruit)
Kenapa pula aku nak membuat penulisan sedikit tentang buah engkabang ini?
Buah engkabang ini sangat popular dan digemari di Sarawak terutama di kalangan masyarakat Iban. Masyarakat Iban mempercayai yang buah engkabang ini banyak mengandungi khasiat yang baik untuk kesihatan. Kebanyakan orang tua masyarakat Iban menggemari memakan buah engkabang ini yang mengandungi minyak dan mereka meletakkan minyak ini ke atas nasi putih panas kebiasaannya.
Jadi, aku berhasrat ingin menjadikan kesan terapeutik buah engkabang ini sebagai projek tahun akhir aku nanti. Oleh itu, kalau betul aku berminat maka aku kena sediakan cadangan projek bermula sekarang. Semoga hasrat aku ini termakbul untuk projek tahun akhir.
Saturday, 13 August 2016
0.02
0.02. Nilainya kecil tapi memberi makna yang cukup besar kepada aku. Fuhhhhh.... Bila difikirkan balik apa yang aku lalui semester 2 lepas dengan usaha yang aku curahkan, pointer semester aku tu memang apa yang patut ku dapat..
Dalam banyak-banyak subjek, subjek aku yang paling teruk semester lepas adalah instrumentasi dengan gred B! Teruk memang teruk performance subjek aku tu..kenapa gred aku tu teruk sangat untuk subjek tu.. Farmakologi aku pula dapat B+.. Subjek yang lain dapat A dan A-. Jadi pointer semester 2 aku adalah 3.65 iaitu turun 0.02 daripada 3.67 tapi cgpa yang masih maintain dengan 3.66.
Terima kasih kepada semua pensyarah yang telah memberi ilmu kepada kami semua dan juga rakan-rakan sekelas aku.
Pada sesi baru september 2016 ini, aku akan melangkah ke Tahun 3 jadi tinggal 2 tahun lagi pengajian aku di UKM kampus KL ni... Cita-cita aku adalah bergraduasi dengan kelas pertama, semoga tuhan memberkati perjalanan diri ini..bukan senang menaruh cita-cita sebegitu kerana ia perlu berjalan seiring dengan usaha.
Amen.
Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi
hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...
-
Kali ini aku nak membuat coretan tentang sejenis buah yang biasa dikenali oleh masyarakat Iban Sarawak sebagai buah engkabang atau dalam seb...
-
hmm...... Lama sudah aku tak update blog.. Kali ini aku nak mengulas sedikit tentang jadual akademik Tahun 3 Semester 1. Bila aku terima j...
-
Bermula esok 29 Disember 2015, pelajar sains bioperubatan Tahun 2 akan memulakan perjuangan akademik mereka dengan kertas pertama subjek Bak...