hmmm.....lama nya dah tak menulis coretan dalam blog ni, rasanya hampir tiga bulan blog ni belum dikemaskini...
Apa aku nak coretkan untuk post kali ni?? Tak boleh pula biarkan blog ni terabai macam ni lama.,..kalau biarkan, sia-sia la usaha aku yang dah jadi blogger yang tak berapa blogger pun sejak tahun 2012..hehe
Okay la...memandangkan tadi ada seorang junior Biomed tahun 2 ni bagitahu yang dia tak dapat cari link blog aku ni(kesian dia...puas dia stalked fb acc aku..hahahaha), makanya teruslah aku teringat kewujudan blog ku ni dan aku pula gigih nak mengemas kini blog ni...
Sekarang dah menghampiri penghujung bulan March kan?? maksudnya tinggal tiga minggu lagi, attachment aku kat PPUKM akan bermula, tinggal 2 bulan lagi final exam akan bermula dan tinggal 3 bulan lagi internship kat Bogor Indonesia akan bermula (ehhh...harapnya jadi la aku ke sana buat internship lepas dah berpenat lelah buat passport, beli tiket kapal terbang dan buat persediaan lain lagi)
sekarang aku nak beralih kepada hal akademik semester ni...semester ini, jumlah jam kredit yang aku ambil adalah 22 jam kredit (boleh tahan banyaknya..hehe). Midsem untuk virologi, pathophysiology dan pengurusan makmal akan berlangsung selepas midsem break... (hmmm...midsem break aku sebenarnya bukan break sangat pun)....tugasan pula berlambak, banyak ongoing mini projects tapi aku suka sangat la semester ni..lagi sibuk aku dibuatnya, lagi aku rasa senang hati walaupun tahap hormon stress cortisol tu tinggi)
Cukup la ni sahaja untuk hari ni...midsem break akan bermula esok selama seminggu..selamat berhujung minggu dan bercuti kepada semua pelajar UKM terutamanya pelajar UKM Kampus Kuala Lumpur (kecuali fakulti pergigian yang masih ada kelas minggu depan)..hehe
tatatititutuuuu
Subscribe to:
Posts (Atom)
Fisiologi okay lagi tapi bukan patofisiologi
hmmm....tadi baru dah habis paper patofisiologi...susah aku nak mengambarkan perasaan ni dengan kata-kata... kertas final kami kali ini...
-
Kali ini aku nak membuat coretan tentang sejenis buah yang biasa dikenali oleh masyarakat Iban Sarawak sebagai buah engkabang atau dalam seb...
-
hmm...... Lama sudah aku tak update blog.. Kali ini aku nak mengulas sedikit tentang jadual akademik Tahun 3 Semester 1. Bila aku terima j...
-
Bermula esok 29 Disember 2015, pelajar sains bioperubatan Tahun 2 akan memulakan perjuangan akademik mereka dengan kertas pertama subjek Bak...